PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berpandangan treler filem bergenre seram, 'Pulau' tidak sesuai untuk ditayangkan.
Fahmi berkata bagaimanapun beliau tidak boleh bercakap bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri.
"Saya tak boleh bercakap bagi pihak LPF dan saya juga difahamkan pihak FINAS telah mengeluarkan kenyataan pada hari ini (semalam), tetapi dia bukan pada aspek penapisan. Apa-apa prosedur yang dipantau oleh FINAS itu adalah berlandaskan kepada SOP (prosedur operasi standard) perhubungan antara LPF dengan FINAS.
"Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini," katanya ketika hadir pada tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di sini, malam tadi.
Beliau diminta mengulas sama ada LPF atau FINAS akan mempertimbangkan semula tayangan filem itu di pawagam.
Fahmi berkata merujuk kepada treler filem tersebut yang telah tular dan pada pandangannya tidak sesuai, beliau sendiri telah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan difahamkan penerbit berkenaan memutuskan menarik balik treler terbabit dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.
Menurut Fahmi beliau turut difahamkan berdasarkan laporan yang diterimanya, berkemungkinan terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke treler filem tersebut.
"Treler itu tidak ada potongan seperti dalam filem sebenar, tapi saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu dan saya mohon dengan rakan-rakan media untuk berhubung dengan pihak LPF.
"Bagi saya, saya telah minta pihak FINAS untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian," katanya.
Semalam, media melaporkan (FINAS) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF.
Media turut melaporkan Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Menurut Fahmi, beliau difahamkan, mungkin terdapat babak-babak yang dipotong terlepas masuk ke treler filem 'Pulau' tersebut. --fotoBERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.