SEJAK promo "Dendam Seorang Isteri" disiarkan, wujud pelbagai reaksi daripada peminat drama tempatan khususnya di media sosial.
Mana tidaknya, drama bersiri asal Korea Selatan "Temptation of Wife" ini sudah diadaptasi di beberapa buah negara dan pastinya mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Jadi sudah tentu ia memberikan sedikit sebanyak memberikan debaran kepada barisan pelakon yang menjayakan drama bersiri tersebut.
Bagi Pelakon, Nad Zainal, meskipun telah membintangi puluhan drama dan merangkul pelbagai anugerah, dia mengakui bimbang untuk memainkan watak Kirana kerana para peminat mempunyai harapan yang tinggi terhadapnya.
“Drama ini ada ramai pengikut sebab ia ada banyak versi.
"Jadi saya takut sebenarnya apabila perbandingan mula dilontarkan, seperti membandingkan lakonan kami yang ketika itu baharu memulakan penggambaran.
“Pastinya kami telah lakukan yang terbaik dan berharap sangat para penonton berpuas hati dengan usaha lakonan kami,” katanya kepada Astro AWANI selepas sidang media Ramadan Astro pada Rabu.
Sementara itu, Fasha Sanda pula menjelaskan kesemua pelakon "Dendam Seorang Isteri" telah melakonkan watak dan peranan masing-masing dengan cara tersendiri.
Malah, tegas isteri Aidil Aziz ini, dia tidak mahu meniru cara persembahan pelakon asal sebaliknya menghidupkan watak Amira atau Neelisa dengan gayanya sendiri.
“Jalan ceritanya sahaja sama tapi kita olahkan mengikut versi kita, sebab kita tak mahu ambil bulat-bulat.
“Saya tak nak tiru dia (pelakon asal), tapi saya nak bawa cara saya,” katanya.
"Dendam Seorang Isteri" pimpinan Sharulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One adalah adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul "Temptation of Wife".
Selain Fasha dan Nad, drama yang sudah mula ditayangkan sejak 21 Mac itu juga dilakonkan oleh Wan Raja, Aidit Noh, Dian P. Ramlee, Roy Azman dan Amylea Azizan.
Asyraf Roslan
Fri Mar 25 2022

(Dari kiri) Wan Raja, Nad Zainal, Fasha Sandha dan Aidit Noh memainkan peranan utama dalam drama bersiri "Dendam Seorang Isteri". -Foto Astro/Azrul Rafie

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Usah bandingkan kami dengan siri asal 'Temptation of Wife' - Nad Zainal, Fasha Sandha
Nad Zainal dan Fasha Sandha akui teruja, namun masih ada rasa takut dalam memainkan watak dalam drama "Dendam Seorang Isteri".