KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas yang kini bergelar pelakon, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52, bersedia menerima sebarang tawaran berlakon, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan pihaknya.
Jika mendapat tawaran lain, beliau juga mahu melakonkan watak yang berbeza dan keluar daripada imej sebagai seorang ustaz.
"Lepas ini kalau orang ajak saya berlakon boleh, tapi tidak mahu menjadi ustaz sahaja, saya mahu juga watak lain. Cuma, saya ada prinsip, tidak boleh pegang-pegang (bersentuhan) dan jaga waktu solat.
"Kalau skrip cantik (bertepatan), watak jahat sekalipun saya boleh bawak, saya mahu buktikan saya bukan setakat boleh menjadi ustaz sahaja," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Beliau yang muncul sebagai watak utama dalam filem berjudul Zim Zim Ala Kazim terbitan Mawi World Entertainment juga bersedia menerima sebarang pandangan atau kecaman netizen yang kurang senang melihat pembabitannya dalam dunia seni.
"Saya terlibat dalam bidang dakwah sudah lebih 34 tahun, pelbagai cabaran saya lalui termasuklah orang yang tidak suka. Begitu juga dalam bidang ini, pasti akan ada yang mengecam. Mungkin lima tahun akan datang baru orang akan nampak alasan saya buat begini," katanya.
Bahkan, Mohd Kazim turut menggalakkan pembabitan golongan agamawan menceburi bidang lakonan agar dapat bersama dengan beliau menjadikan industri filem sebagai wadah terbaik mendidik rakyat.
"Kalau asatizah turut serta, boleh saling menasihati (kru dan pelakon), semua akan seronok berlakon. Kita jadikan industri filem, drama dan sebagainya ini seronok serta selesa untuk ditonton (semua lapisan masyarakat), tanggapan masyarakat juga boleh berubah.
"Ini yang saya cuba buat, kalau masyarakat beri sokongan dan kepercayaan, saya nak ajak kawan-kawan saya di luar sana, jom kita ikut serta," katanya yang turut mencadangkan dibuat surau bergerak bagi memudahkan pelakon atau kru menunaikan solat di lokasi penggambaran.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam filem Zim Zim Ala Kazim, Mohd Kazim berkata, hampir 80 peratus cerita dalam filem berkenaan memaparkan kisah benar mengenai dirinya yang berdepan dengan penyakit misteri.
"Mungkin ia tidak mencapai kisah sebenar namun masih penuh dengan pengajaran berkaitan amalan sihir dan perbuatan jahat. Kalau nak kira pada cerita original mungkin boleh jadi histeria, cuma kita ringankan tapi kejadian beruk jadian (babak di dalam filem) itu betul... Janji, ia capai matlamat jangan buat jahat," katanya.
Selain Mohd Kazim dan Mawi, filem bergenre seram komedi arahan Mawi dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar.
Filem ini sedang ditayangkan di pawagam di seluruh negara.
Filem Zim Zim Ala Kazim mengisahkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal dan dalam satu misi pencarian mereka, kumpulan ini menemukan sesuatu yang pelik. Mereka mendapati bahawa Ustaz Kazim dalam keadaan bahaya dan mengambil keputusan untuk menyelamatkan Ustaz Kazim. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
![Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670511399_UstazKazim.jpg)
Ustaz Kazim bersedia menerima sebarang tawaran berlakon, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan pihaknya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670511399_UstazKazim.jpg)
Ustaz Kazim sedia berlakon watak jahat
"Cuma, saya ada prinsip, tidak boleh pegang-pegang (bersentuhan) dan jaga waktu solat."
![Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716001585_tbustazkazim.jpg)
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
![Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667357840_UstazKazim.jpg)
Ustaz Kazim antara dilarang ceramah di Pulau Pinang
Kazim Elias merupakan antara 16 penceramah yang tidak mempunyai tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
![Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661237598_TBKAZIMELIAS.jpg)
Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
Demi untuk kembalikan wajahnya pulih seperti biasa, Ustaz Kazim terpaksa patuh arahan doktor.
![Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/41478421550_KazimElias.jpg)
Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin.
![KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654735978_MohdKazimElias.jpg)
KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias
Pakar dari Institut Penyelidikan Perubatan telah bertemunya pada Rabu dan beliau dijadual bertemu pakar patologi kulit pada Khamis.
![Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653449978_UstazKazimElias.jpg)
Ustaz Kazim dedah sebulan tak boleh kencing, keluar jarum dari perut ketika mandi
Ustaz Kazim tegaskan sudah bertahun beliau rahsiakan penderitaan sakit kulit yang dialaminya.
!['Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim 'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531285377_KAZIMELIAS.jpg)
'Wabak COVID-19 belum ada penawar, datang pula wabak kemaruk kuasa' - Ustaz Kazim
Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.
![Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589178836_pesakit.jpg)
Ustaz Kazim dirujuk ke hospital susulan tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu
Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi ekoran beberapa komplikasi selepas menghadapi masalah tidak boleh tidur sejak dua bulan lalu hingga kini.
![Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544954441_KAZIMELIAS.jpg)
Tak keluar TV dan radio tak apa, ini cara baharu saya berdakwah... - Kazim Elias
Melalui muat naik di laman sosial Instagram beliau, Ustaz Kazim berkata dua platform itu telah membawa mesej dakwah beliau serata negara.