KUALA LUMPUR: Tiada apa yang membahagiakan dan menggembirakan pelakon terkenal, Vanidah Imran selain diizinkan oleh Allah untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Ucapan syukur tidak henti-henti dipanjatkan Vanidah sebaik Arifabillah Idris melafazkan akad sekitar pukul 12.12 tengah hari tadi menandakan rasmi sudah mereka kini sebagai suami isteri.
Vanidah, 49, dan Arifabillah, 43, disatukan dalam satu majlis yang sederhana namun penuh bermakna yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.
Kata Vanidah, dia bersyukur kerana ditakdirkan bertemu jodoh dengan Arifabillah, yang juga seorang jurutera serta pesilat negara.
“Aturan Allah itu sangat indah. Semuanya berjalan dengan mudah dari saat kami berkenalan, rapat sehinggalah memasuki fasa saling memahami bahawa hati kami sudah bertaut antara satu sama lain. Hari ini, rasmi sudah saya menjadi isterinya. Saya benar-benar bersyukur,” kata Vanidah kepada Astro AWANI.
Majlis pernikahan Vanidah dan Arifabillah dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa di sini, hari ini.
Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Aktres itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis akad nikah itu, Vanidah mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.
Menyedari untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri sekali lagi bukan sesuatu yang mudah, namun, restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, hasrat itu dipermudahkan.
"Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
"Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya lagi.
Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Jelas Vanidah, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
"Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
"Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pasangan itu juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi malam ini khusus untuk kaum keluarga terdekat dan rakan-rakan karib mereka.
Sementara itu, Arifabillah turut memanjatkan kesyukuran kerana niat dia dan Vanidah untuk menghalalkan hubungan mendapat restu keluarga.
"Alhamdulillah, syukur pada Allah segala-galanya berjalan lancar. Doakan perkahwinan kami diberkati dan akan kekal sehingga ke akhir hayat kami," ujarnya.
Sebagai pasangan yang matang dan berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama, harapan Arifabillah, penyatuan dia dan Vanidah akan membuahkan kebahagiaan berpanjangan.
Arifabillah juga menegaskan, dia tidak akan sesekali menyekat Vanidah daripada meneruskan kerjaya seninya.
"Saya harus menghormati dan memahami kerjaya seninya. Saya juga yakin isteri saya tahu apa keutamaan dalam hidupnya. Justeru, saya akan terus memberi sokongan kepadanya," ikrfar Arifabillah.
Saharudin Musthafa
Thu Jul 07 2022
![Vanidah Imran kini bergelar isteri kepada jurutera Vanidah Imran kini bergelar isteri kepada jurutera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657168911_TBVANIDANIKAH.jpg)
Vanidah Imran dan Arifabillah Idris disatukan sebagai suami isteri dalam majlis sederhana di Kuala Lumpur hari ini.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
Rundingan Petronas- Petros: Sarawak tidak tamak dan kedekut - Abang Jo
Tan Sri Abang Johari menegaskan rundingan Petronas dan Petros dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua phak dan dilakukan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak.
AirBorneo fokus tawar harga tiket berpatutan - Abang Jo
Tanpa mendedahkan strategi model perniagaannya, Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, laluan sektor antarabangsa juga akan dibuka secara berperingkat, bermula dengan negara Singapura dan Indonesia.
Peserta lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.
![Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739609532_KuantanBaseJum.jpg)
Pahang berpotensi jadi lokasi tumpuan sukan ekstrem
Pahang berpotensi besar untuk menjadi lokasi tumpuan peminat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa.
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566568819_vee_silat1.jpg)
Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat
Vanidah bersama 19 peserta lain bakal mewakili Malaysia dan bersaing dengan atlet-atlet dari 100 negara lain.
![Tidak ada perbezaan, cuma bergerak sendirian - Rashidi Ishak Tidak ada perbezaan, cuma bergerak sendirian - Rashidi Ishak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/71554559202_rashidi-befunky-collage.jpg)
Tidak ada perbezaan, cuma bergerak sendirian - Rashidi Ishak
Tambah Rashidi dia akan sentiasa bersama anak-anak jika mereka memerlukan seorang ayah.
![Ida Nerina & rakan arah filem untuk Ikal Mayang Ida Nerina & rakan arah filem untuk Ikal Mayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361242832_295x200.jpg)
Ida Nerina & rakan arah filem untuk Ikal Mayang
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2013, WOMEN:girls bakal mengetengahkan cerita-cerita wanita yang disampaikan menerusi siri filem pendek.