PELAKON kontroversi, Zarina Anjoulie meluahkan rasa kesal dengan tindakannya melakukan pembedahan plastik di Vietnam tahun lalu.

Menyesali tindakannya itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju mendedahkan hidungnya mengalami jangkitan teruk sehingga bernanah.

Kata Zarina lagi, jangkitan itu berlaku kerana prosedur pembedahan plastik yang dilakukan di itu tidak bersih selain menggunakan implan atau silikon terpakai.

“Hidung Anju sakit terkena jangkitan sampai demam dan sakit badan. Saya menyesal buat hidung dan tak nak buat lagi dah, saya nak buka (silikon).

“Jangkitan itu dah ada sejak saya balik daripada Vietnam lagi. Dia dipanggil ‘silence infection’ sebab nampak saja okay tapi sakit di bahagian dalam saya saja tahu.

“Klinik di Vietnam sangat tak bersih sebab bila saya buka tadi rupanya silikon itu dia dah gunakan kepada orang lain.

“Selepas itu mereka cuci silikon itu dah pakaikan pula kepada saya,” jelasnya.

Zarina kemudiannya mengambil keputusan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta yang terletak di ibu kota.

“Nak tunggu buat di hospital lambat jadi saya buat saja di sebuah klinik ini.

“Doktor kegemaran saya ini tak buat pembedahan pun sebab saya minta dia keluarkan silikon itu sahaja.

“Tengoklah sekarang kemerahan pada hidung saya semuanya dah hilang dan jahitan yang dibuat juga sangat kemas,” ujarnya.

Pendedahan Zarina itu boleh ditonton di akaun TikTok peribadinya.

Terdahulu, Anju menerima kecaman daripada netizen selepas berkongsi mengenai keadaan wajahnya ketika sebelum dan selepas melakukan pembedahan terbabit yang dipercayai dilakukan di Vietnam. - Gempak