PENYANYI terkenal negara, Ziana Zain mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas bahtera rumah tangganya bersama Armin Zaharin karam pada tahun 2018 lalu kini lebih tenang.
Dirinya juga mengaku tidak sempat memikirkan untuk kembali bercinta atau mencari pasangan baharu kerana terlalu sibuk dengan karier dan aktiviti sendiri.
“Tak ada (kekasih). Saya sibuk,” katanya dalam program Hlive edisi Aidilfitri yang ditayangkan di Astro Ria pada hari raya ketiga.
Tambah penyanyi Puncak Kasih itu lagi, kembali hidup solo selepas lebih 20 tahun berbakti kepada suami dan memberi fokus terhadap rumah tangga turut memberi beliau peluang untuk menikmati me time apabila mempunyai masa untuk diluangkan bersama kawan-kawan.
“Sekarang saya ada free time untuk lepak dengan kawan-kawan.
“Soal jodoh atau masa hadapan, jangan overthinking. Saya selalu ingat pesan mak. Jaga Allah dan Allah akan jaga kita. Yakin, tawakal dan doa yang baik-baik, Allah ada jaga kita,” katanya lagi.
Sementara itu bercakap mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Ziana memberitahu, beliau dan anak-anak berkumpul di rumah keluarganya pada hari raya pertama yang lalu.
“Kami adik-beradik dan anak-anak sudah dididik untuk berhari raya dengan atuk nenek dan saudara mara pada raya pertama.
“Biasanya seluruh keluarga akan berkumpul di rumah abah sebab abah abang dan beliau hanya ada seorang adik yang tinggal dalam keluarga,” katanya yang menamakan ketupat, rendang dan lemang sebagai juadah wajib ada sebagai hidangan pagi raya.
Ditanya apa sahaja agenda lain perayaannya, Ziana menjawab ringkas: “Raya tahun ini nak jalan-jalan.” - Gempak
Gempak
Tue Apr 25 2023

Ziana Zain mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas bahtera rumah tangganya bersama Armin Zaharin karam pada tahun 2018 lalu kini lebih tenang. - Gambar GEMPAK
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.

Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.

Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.

Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.

Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.

Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang
Ziana anggap peluang yang diperoleh pada usia 55 tahun sebagai satu penghormatan.

Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih Kita, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.

'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak
Menurut Ziana, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.

Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan, sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.