Pelakon popular Zul Ariffin berharap, filem 'Sangkar' lakonannya nanti akan dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi sukan seni bela diri campuran (MMA).
Katanya, MMA di negara ini semakin pesat berkembang dan tujuan filem (Sangkar) itu dibuat adalah supaya mereka jatuh cinta dengan sukan itu.
"Ini pertama kali saya hadiri acara ONE Championship dan saya terkejut bahawa organisasi antarabangsa seperti ini boleh menarik ramai peminat tanah air untuk turun memberi sokongan kepada atlet-atlet negara.
"Saya rasa ini masa yang sesuai.. untuk adakan filem aksi sukan di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kejohanan ONE: Destiny Of Champions, Jumaat lalu.
Zul yang terkenal menerusi drama Gerak Khas dan filem Hantu Kak Limah mengakui, dia sendiri telah jatuh cinta dengan sukan itu selepas melalui sesi penggambaran filem tersebut dan berlatih dengan petinju Britain, James McSweeney.
"Bila saya ada masa saja, saya akan pergi berlatih (MMA). Mencabar juga bekerja dengan atlet MMA sebenar ni... saya ingat lagi pertama kali saya melangkah ke dalam gelanggang dengan McSweeney, saya terus kaku.
"Dia besar dan sepanjang penggambaran, saya turut kena tumbuk di muka, tapi tak apa.. saya suka. Kita nak bagi dia nampak 'real'," katanya.
Selain itu, dia juga berharap agar filem ini mendapat sambutan pada tahun hadapan dan tidak mahu lagi lihat filem-filem berunsur gengsterisme dan jenayah.
"2018 tahun yang bagus untuk industri filem tempatan dan saya harap ia bukan sesuatu yang bermusim.
"Kejayaan ini turut membuka peluang kepada pembikin-pembikin filem muda dan saya harap mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu," tambahnya.
Haider Yutim
Sun Dec 09 2018

Zul akui dia sendiri telah jatuh cinta dengan sukan MMA selepas melalui sesi penggambaran filem 'Sangkar'. - Foto Instagram/@zul_ariffin

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Jordan Boy, Jihin terharu dapat ucapan tahniah dari lagenda Muay Thai
Mohammed Mahmoud dan Jihin Radzuan hampir minitiskan air mata di belakang pentas di Arena Axiata, Kuala Lumpur, pada Jumaat, 7 Disember.

3 'fun facts' mengenai Jihin Radzuan, si gadis MMA
Tiga perkara yang anda perlu tahu mengenai gadis MMA negara Jihin 'Shadow Cat' Radzuan.

Berlatih tendangan 4,200 kali seminggu, rutin seorang juara dunia Muay Thai
Beliau satu-satunya atlet dalam sejarah sukan yang memenangi Anugerah 'The Sports Writers Association of Thailand's Fighter of the Year' selama tiga tahun berturut-turut daripada 2013 hingga 2015.

Zul Ariffin harap filem 'Sangkar' dapat tarik ramai ceburi MMA
Pelakon popular Zul Ariffin berharap, filem 'Sangkar' lakonannya nanti akan dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk menceburi sukan seni bela diri campuran (MMA).

MMA: Jihin lakar kemenangan bergaya untuk Malaysia
Jaguh seni bela diri campuran (MMA) wanita negara Jihin Radzuan sekali lagi mencatat kemenangan bergaya di kejohanan ONE selepas menundukkan petarung Taiwan, Jenny Huang.

Aksi MMA ONE Championship kembali gegarkan ibu negara Disember ini
Kejuaraan ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara Disember ini, menampilkan empat jaguh MMA negara.