BAGAN SERAI: Sebanyak 1.5 juta ekor ikan kelisa pelbagai spesies bernilai RM78 juta, berjaya dieksport ke luar negara sepanjang tahun 2023, kata Ketua Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Datuk Adnan Hussain.
Beliau berkata bagi meningkatkan jumlah tersebut, pihaknya akan membantu para pengusaha ikan tersebut untuk mendapatkan permit Konvensyen Mengenai Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Terancam (CITES) yang berperanan dalam memudahkan mereka mengeksport ikan spesis itu keluar negara.
"Antara jenis yang dieksport melibatkan ikan kelisa jenis hibrid, merah, emas, albino dan sebagainya. Permintaan tinggi kita perolehi dari China, Taiwan, Hong Kong dan Jepun.
"Bagi memastikan pengeksportan itu meningkat, kita komited membantu para pengusaha mendapatkan permit CITES namun mereka perlu mengikut garis panduan ditetapkan terutama melibatkan aspek pengurusan," katanya pada pada Program Ramah Mesra Santai bersama Pihak Berkepentingan Santuari Ikan Kelisa Bukit Merah di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, pada program itu, 100 ekor induk ikan kelisa emas bernilai RM150,000 dilepaskan ke dalam Tasik Bukit Merah.
Adnan berkata buat masa ini Perak juga masih mengekalkan status sebagai negeri pengeluar terbesar ikan kelisa emas, untuk pasaran dalam dan luar negara.
"Selain Perak, Johor, Melaka dan Selangor. Jadi keempat-empat negeri ini sahaja yang aktif serta menghasilkan pengeluaran dalam skala besar untuk tujuan pasaran," katanya.
Dalam pada itu, Adnan berkata pihaknya sedang meneliti dan membuat penilaian terhadap Pelan Pengurusan Ikan Kelisa Emas Tasik Bukit Merah, agar ia lebih relevan selain melindungi populasi spesis berkenaan di kawasan tersebut.
"DOF di peringkat negeri juga telah mengambil inisiatif menyenaraikan serta memasukkan terma santuari dan spesies ikan kelisa emas sebagai ikan yang dilindungi di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) Negeri Perak 1992.
"Kaedah tersebut turut menyentuh berkenaan kawalan penangkapan ikan kelisa emas di perairan umum dengan mengehadkan saiz maksimum 15 sentimeter (cm) sahaja yang boleh ditangkap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
![1.5 juta ekor kelisa bernilai RM78 juta dieksport pada 2023 - DOF 1.5 juta ekor kelisa bernilai RM78 juta dieksport pada 2023 - DOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713606566_AdnanHussain.jpg)
Adnan (kiri) dan Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap (kanan) melepaskan induk ikan kelisa emas pada Program Ramah Mesra Santai dan Program Pelepasan Induk Ikan Kelisa Emas di Santuari Tasik Bukit Merah semalam. - fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737036134_hasanalharimau.jpg)
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Projek itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
![Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736940796_SaintisVietnamtemu.jpg)
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
![Angka kematian anjing laut Caspian di Kazakhstan meningkat kepada 300 Angka kematian anjing laut Caspian di Kazakhstan meningkat kepada 300](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730283919_TBSEALS.jpg)
Angka kematian anjing laut Caspian di Kazakhstan meningkat kepada 300
Ahli ekologi menyuarakan kebimbangan terhadap kematian besar-besaran anjing laut Caspian, mengaitkannya dengan kekurangan kawalan sebenar.
![Pendaratan penyu karah di Taman Laut Labuan meningkat Pendaratan penyu karah di Taman Laut Labuan meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729501147_PenyuKarahLabuan.jpg)
Pendaratan penyu karah di Taman Laut Labuan meningkat
Kadar pendaratan penyu karah di sekitar pantai di Taman Laut Labuan menunjukkan peningkatan dengan sekurang-kurangnya 19 penyu itu direkodkan mendarat sejak Januari lepas hingga bulan ini.
![Gajah Borneo diklasifikasi sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah IUCN Gajah Borneo diklasifikasi sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah IUCN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719620257_gajahborneo.jpg)
Gajah Borneo diklasifikasi sebagai 'Terancam' dalam Senarai Merah IUCN
Populasinya yang kecil dan semakin berkurangan menimbulkan risiko kepupusan yang sangat tinggi di habitat liar bagi gajah spesies ini.
![Empat spesies kelip-kelip diancam kepupusan - Pakar Empat spesies kelip-kelip diancam kepupusan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719505230_Kelip.jpg)
Empat spesies kelip-kelip diancam kepupusan - Pakar
Perkara itu dikenal pasti selepas membuat penilaian status empat spesies kelip-kelip berkumpulan menggunakan kriteria Senarai Merah IUCN.
![Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716089620_SarangLebah.jpg)
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
![1.5 juta ekor kelisa bernilai RM78 juta dieksport pada 2023 - DOF 1.5 juta ekor kelisa bernilai RM78 juta dieksport pada 2023 - DOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713606566_AdnanHussain.jpg)
1.5 juta ekor kelisa bernilai RM78 juta dieksport pada 2023 - DOF
Bagi meningkatkan jumlah ekor kelisa untuk eksport, DOF akan membantu para pengusaha ikan tersebut untuk mendapatkan permit CITES.
![Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/81552291444_PausHumpback.jpg)
Hari Paus Sedunia: Kelangsungan hidup mamalia laut terancam perlu diberi perhatian
Jabatan Perikanan Malaysia meminta kolaboratif semua pihak bagi memastikan populasi mamalia laut tersebut tidak terancam.
![85 anak penyu karah dilepaskan ke perairan Labuan 85 anak penyu karah dilepaskan ke perairan Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699158696_tbHawksbillturtle.jpg)
85 anak penyu karah dilepaskan ke perairan Labuan
Sebanyak 85 ekor anak penyu karah yang merupakan spesies terancam dilepaskan ke laut di Labuan malam tadi.