Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata keputusan pemberhentian itu dibuat semalam selepas proses perbicaraan secara berperingkat terhadap anggota terlibat.
"Kebanyakan anggota itu telah berkahwin dan mempunyai anak, ditangkap selepas pihak kami membuat ujian saringan air kencing secara rawak di semua markas perkhidmatan TLDM.
"Siasatan mendapati ada antara mereka telah mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak sebelum mereka berkhidmat dalam TLDM," katanya kepada pemberita pada Majlis Pemakaian Pangkat TLDM di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Kamarulzaman berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperketat prosedur pengambilan anggota dan pegawai tentera dengan melakukan saringan lebih teliti bagi mengelak pengambilan anggota yang terlibat dengan dadah.
"Sebelum ini memang kita ada membuat saringan namun masih ada yang masih terlepas... saya memberikan amaran kepada semua warga TLDM supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti tidak sihat itu," katanya.
Beliau berkata terdapat dalam kalangan anggota yang terlibat dengan dadah telah berkhidmat selama 10 tahun.
Terdahulu, Ahmad Kamarulzaman memakaikan pangkat kepada 11 Pegawai TLDM termasuk seorang pegawai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM dan 39 anggota Lain-Lain Pangkat pada Majlis Pemakaian Pangkat di KD Sri Gombak di sini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sambutan ulang tahun ke-83 TLDM pada 27 April ini secara besar-besaran.
"Antara tarikan sambutan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu pada 27 April ini ialah pelancaran pemerintahan dua wilayah Armada Barat dan Armada Timur serta pameran Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian (Mini Maha) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017

AHMAD KAMARULZAMAN: Kebanyakan anggota itu telah berkahwin dan mempunyai anak.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.

'Syabas kepada semua' - Panglima TLDM puas hati dengan Paskal the Movie
Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.

Jenazah bekas Timbalan Panglima TLDM selamat dikebumikan
Lebih 300 orang termasuk anggota keluarga dan pegawai TLDM menghadiri pengebumian itu yang dilakukan mengikut istiadat pengebumian pegawai kanan TLDM.

Penglibatan TLDM dalam Rimpac 2018 di Hawaii bukan pembaziran
Penyertaan kali pertama kapal KD Lekiu itu mampu menguji ketahanan dan kesiapsiagaan aset pasukannya pada eksesais maritim terbesar anjuran Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii sejak 1971.

Panglima TLDM kesal kenyataan diputar belit untuk kepentingan politik pihak tertentu
Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sifatkan pihak terlibat mengambil kesempatan akibat terdesak hingga sanggup memutar belit kenyataannya.

TLDM hantar empat kapal bantu APMM operasi menyelamat 10 kelasi hilang
Tentera Laut Diraja Malaysia menghantar empat kapal bagi membantu kapal-kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat 10 kelasi USS John S. McCain.

Kapal LMS yang dibeli dari China berkualiti tinggi - TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM bakal menerima secara berperingkat kapal misi pesisir, Littoral Mission Ship (LMS) mulai 2019.

Rondaan tiga negara Laut Sulu mampu cegah jenayah rentas sempadan - TLDM
Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) di perairan Laut Sulu dilihat mampu mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan di kawasan perairan ketiga-tiga negara.

10 anggota TLDM diberhentikan perkhidmatan akibat dadah - Panglima TLDM
Sebanyak 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat rendah diberhentikan daripada perkhidmatan selepas didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas.

Eksesais Amfibi Siri 3 wujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan Malaysia-AS
Eksesais Amfibi Siri 3 melibatkan tentera Malaysia dan Amerika Syarikat penting bagi mewujudkan interoperabiliti dalam operasi ketenteraan dan meningkatkan kemahiran anggota terlibat.