Skip to main content

Malaysia

10 berita pilihan sepanjang hari ini

61572275333_BeritaPilihan.jpg
61572275333_BeritaPilihan.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 2 Mei 2020. 

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: Kes positif baharu 105, tiada kematian - KP Kesihatan 

Hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan fasa empat (PKP-4) menyaksikan angka positif COVID-19 kembali melonjak ke tiga angka, iaitu sebanyak 105 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,176 kes. 

2) PKPD masih boleh dilaksanakan sewaktu PKPB sekiranya 'R0' melebihi 1 - Dr Noor Hisham 

Kementerian Kesihatan akan memantau secara terperinci perkembangan proses pembukaan semula sektor ekonomi bermula 4 Mei ini, dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 terus terkawal. 

3) PKPB: Dr Noor Hisham rayu rakyat Malaysia terus amalkan normal baharu selepas 4 Mei 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan kepatuhan sosial apabila sektor ekonomi dibuka di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei ini. 

4) Kapasiti hospital awam meningkat selepas berjaya ratakan lengkungan jangkitan COVID-19 

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kapasiti hospital awam untuk merawat lebih ramai pesakit COVID-19 lebih tinggi, ekoran kejayaan bersama meratakan lengkungan penularan wabak itu di negara ini. 

5) COVID-19: Indonesia catat 31 lagi kematian, jumlah kes meningkat kepada 10,843

Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban akibat COVID-19 di republik itu kini meningkat kepada 831 orang. 


NORMAL BAHARU

1) Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian 

Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, bekata, IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temu janji dalam talian.

2) PKP: Peniaga donat 10 sen beralih ke bisnes dalam talian

Seorang peniaga mendapat ilham baharu apabila donat yang dijual pada harga 10 sen sebiji tidak banyak mengisi punca pencariannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. 

3) Aplikasi Ganu Shop bawa limpahan rezeki peniaga di Terengganu

Aplikasi Ganu Shop yang disediakan Kerajaan Terengganu memberi limpahan rezeki buat lebih 8,000 peniaga di negeri itu.

4) Bimbang pematuhan pelanggan, pengusaha kedai makan kekal konsep bungkus

Risau dan tidak yakin dengan pematuhan pelanggan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini, seorang pemilik restoran terkemuka di Ipoh mengambil keputusan untuk tidak membuka operasi seperti biasa.

5) Manfaat bantuan peniaga kecil, cetus revolusi 'baby lekor' di Mersing

Seorang usahawan keropok lekor di Mersing, Johor cuba mempelbagaikan perusahaannya dengan menghasilkan makanan berunsurkan ikan iaitu bebola ikan. Apakah yang dilaburkannya?

Must Watch Video

Advertisement