Skip to main content

Malaysia

10 berita pilihan sepanjang hari ini

61572275333_BeritaPilihan.jpg
61572275333_BeritaPilihan.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 5 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: Malaysia catat 1 lagi kematian, 30 kes baharu, tiada kes import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan terdapat satu lagi kes kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 106 kes.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari Selasa, terdapat 30 kes positif baharu dan ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 6,383 kes. 

2) Peniaga, pemborong Pasar Borong KL perlu jalani saringan sebelum dibenarkan berniaga

Peniaga atau pemborong yang ingin berniaga atau masuk ke premis Pasar Borong Kuala Lumpur dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

3) Saring pekerja asing demi kepentingan semua pihak

Arahan kerajaan mewajibkan semua pekerja asing menjalani ujian saringan COVID-19 bertujuan bagi mengelakkan berlaku kluster baharu membabitkan kumpulan berkenaan.

4) Barisan hadapan diberi waktu rehat bergilir-gilir, khidmat kaunseling

Waktu rehat akan diberikan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain khidmat kaunseling, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

5) PKPB mungkin tamat lebih awal jika rakyat amalkan kawalan kendiri - Ismail Sabri 

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mungkin akan ditamatkan lebih awal sekiranya semua pihak mengambil tanggungjawab untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. 


NORMAL BAHARU

1) Kerjasama KPM dan Astro bantu pelajar akses bahan pembelajaran melalui TUTOR TV

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holding Bhd (Astro) bekerjasama bagi menyiarkan slot program TV Pendidikan di saluran TUTOR TV, Astro.

2) UiTM, UniKL cipta peranti penjarakan sosial

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang menjalin kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MSI Cawangan Kulim untuk menghasilkan peranti penjarakan sosial yang dikenali sebagai 'Social Distancing Sensor' (SDS). 

3) Harungi perjalanan 200km, sekumpulan guru tekad sampaikan ilmu kepada murid

Meskipun terpaksa mengharungi perjalanan lebih 200 kilometer ke kawasan pedalaman di Lawas, Sarawak, ia tidak mematahkan semangat sekumpulan guru dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik mereka.

4) Apa yang perlu anda tahu jika ingin beriadah ketika PKPB

Ramai antara kita yang menarik nafas lega apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB yang memberi maksud sedikit kelonggaran pergerakan awam. Apakah langkah-langkah dan peraturan yang masih mengikat anda ketika beriadah?

5) Observe SOP, do not be exposed to risk of COVID-19 infection

Malaysians must practise self-discipline in the effort to curb the spread of COVID-19 as the fight against the virus which is unseen will go on.

Must Watch Video

Advertisement