Skip to main content

Malaysia

10 berita pilihan sepanjang hari ini

61572275333_BeritaPilihan.jpg
61572275333_BeritaPilihan.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 16 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) 
COVID-19: Satu kematian melibatkan kakitangan KKM, 73 kes pulih dan 17 kes baharu

Satu lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan di negara ini pada Sabtu, menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 113 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

2) COVID-19: Dua kluster masih aktif - KP Kesihatan

Ia melibatkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur dan kluster pengawal keselamatan di Cheras.

3) KKM bimbang COVID-19 menjangkiti kanak-kanak, warga emas pada musim perayaan

Kementerian Kesihatan (KKM) menzahirkan kebimbangan bahawa pandemik COVID-19 boleh menjangkiti golongan berisiko tinggi termasuk warga emas dan kanak-kanak pada musim perayaan Aidilfitri.

4) Daerah Bau kini dikategorikan sebagai zon hijau COVID-19

Jumlah kawasan yang dikategorikan sebagai zon hijau di Sarawak terus meningkat selepas daerah Bau turut disenaraikan pada Sabtu.

5) Thailand terus kekal tiada kes baharu COVID-19 dan kematian

Thailand pada Sabtu sekali lagi melaporkan sifar kes baharu COVID-19 dan kematian, jumlah kes kekal 3,025 dengan 56 kematian.


NORMAL BAHARU

1) Perancang majlis tidak kekok beralih bidang, bersemangat usahakan ladang sawit sepanjang PKP 

Bagi pemilik syarikat perancang majlis, PicInsight Sdn Bhd Sabel Valentine Labang, 37, tempoh PKP bukan  pengakhiran buatnya untuk terus mencari sumber pendapatan.

2) Masyarakat perlu berubah, jadikan budaya hidup baharu perangi COVID-19

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengajar rakyat tentang kemampuan mengadaptasi kehidupan berdasarkan situasi.

Adaptasi ini memerlukan mereka menimbang antara manfaat dan mudarat sesuatu keputusan, berkorban serta mengawal kehendak diri.

3) MyGroser rancang raih RM30 juta untuk kembangkan perniagaan

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MyGroser Sdn Bhd (MyGroser), Stephen P Francis mendedahkan, fenomena pembelian atas talian menunjukkan rakyat kini sudah mula bergerak ke arah pendigitalan, dan ia sudahpun dikira sebagai normal baharu.

4) Pemilik premis, majikan harus tingkatkan kualiti udara dalaman

Pemilik bangunan dan majikan mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kualiti udara bagi mencegah penyebaran COVID-19 melalui sistem penyaman udara.

5) WHO lancar akses data, teknologi, rawatan untuk semua

Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus berkata, teknologi vaksin, ubat-ubatan dan diagnostik akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu akan datang.


Must Watch Video

Advertisement