KUALA LUMPUR: Insiden tiga nyawa terkorban akibat dipanah petir di Johor baru-baru ini perlu diambil serius oleh pihak berkuasa di seluruh negara. Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.
Petir dipercayai memanah pokok tersebut dan panahannya terkena ketiga-tiga mangsa sewaktu pancarannya melalui kawasan tanah. Insiden serupa juga pernah berlaku beberapa tahun lalu di Johor Bahru, di mana beberapa orang pemain golf dipanah petir dan meninggal ketika berlindung di sebuah pondok di bawah pokok.
Pihak berkuasa perlu memantau semua sekolah, taman awam dan jalan untuk memastikan pondok, stesen bas dan gazebo tidak dibina berdekatan dengan pokok. Jika terdapat sebarang struktur binaan dalam jarak 3 meter dari pokok atau dahan besar, ia perlu dirobohkan sekalipun ia dibina secara sah. Dahan besar berpotensi untuk patah apabila dipanah petir sekaligus akan membahayakan apa sahaja yang berada di bawahnya.
BACA: Murid antara tiga maut dipanah petir di Batu Pahat
VIDEO: Dua maut, dua kritikal dipanah petir
Dalam pada itu, sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.
Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Ini adalah pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin
Astro Awani
Tue May 19 2015

Carilah perlindungan yang selamat sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

19 maut dipanah petir di Bihar, India
Hujan lebat dan ribut petir disertai panahan petir melanda negeri itu dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjejaskan 10 daerah.

Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.

15 terbunuh dipanah petir di barat Bengal India
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dipanah petir di negeri barat Bengal di timur India, kata pegawai pada Jumaat, lapor Xinhua.

Elak berada di kawasan lapang semasa kilat dan petir - JPBN Sabah
Jauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir.

11 maut disambar petir di Bangladesh
Menurut rekod Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, lebih 3,000 terbunuh akibat disambar petir di Bangladesh sejak 2011.

Hampir keseluruhan negara berdepan dengan ribut petir sepanjang minggu ini - METMalaysia
Keadaan cuaca ribut petir dijangka berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, utara Sarawak dan barat Sabah pada sebelah pagi.

Ribut petir: Orang ramai perlu sentiasa peka situasi cuaca - MetMalaysia
Orang ramai juga perlu memastikan mereka mencari kawasan perlindungan dan tidak duduk di kawasan terbuka serta berisiko disambar petir.

16 wakil rombongan pengantin lelaki maut disambar petir
Insiden berlaku pada Rabu ketika rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Shibganj.

Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin
Kawasan terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.