KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak setakat 4.30 petang ini.
JPS dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan maklumat ramalan hujan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
Di Kedah melibatkan Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu dan Yan manakala Perlis di Kangar; Perak (Hilir Perak, Kerian, Kinta, Larut, Matang dan Selama, Perak Tengah); Pulau Pinang (Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara) sementara Selangor (Gombak, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang).
Di Wilayah Persekutuan melibatkan Kuala Lumpur manakala Negeri Sembilan di Port Dickson; Melaka (Jasin dan Melaka Tengah); Johor (Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian) serta Sarawak (Miri, Bintulu dan Kuching).
Menurut JPS, notis itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
BACA SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI!
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sarawak masih terjejas dengan banjir melibatkan 3,546 mangsa daripada 1,047 ketua isi rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini.
Nadma turut memaklumkan tiga PPS ditutup iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Pasir Mas, Kelantan; PPS Surau Kampung Padang Serai Dalam di Larut, Perak dan PPS Dewan Tun Haji Mustapha di Lahad Datu, Sabah.
Pada masa sama, terdapat 11 PPS baharu dibuka melibatkan dua di Raub, Pahang; satu di Larut, Matang dan Selama, Perak serta tujuh di Selangor.
Nadma turut memaklumkan menurut laporan JPS setakat 4 petang, 13 sungai merekodkan bacaan aras air di tahap bahaya melibatkan Sarawak di Long Teru dan Marudi, Miri; Pahang di Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Johor (Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat); Negeri Sembilan (Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson) dan Melaka (Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah serta Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah).
Di Selangor ia membabitkan Sungai Binjai di Pekan Meru dan Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning di Klang, Sungai Langat di Bukit Changgang di Kuala Langat, Sungai Selangor di Rantau Panjang di Kuala Selangor, Sungai Langat di Dengkil di Sepang dan Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang.
Di samping itu, lapan sungai merekodkan bacaan aras air di tahap amaran melibatkan Long Jegan, Miri, Sarawak; Sungai Kandis di Kampung Jawa, Klang, Selangor; Johor (Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat; Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak serta Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru); Negeri Sembilan (Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sungai Muar di Kampung Berembang di Kuala Pilah) serta Kelantan (Rantau Panjang, Pasir Mas).
Sementara itu, menurut Nadma, JPS membuat pemakluman kepada orang ramai berkaitan situasi semasa di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 12 tengah hari apabila beberapa lokasi di situ mengalami sedikit situasi limpahan air sungai di kawasan setempat disebabkan fenomena air mati (paras air laut dan air sungai berada di paras yang sama) dan ditambah faktor hujan renyai berterusan.
"Keadaan ini melambatkan proses penyurutan air di Taman Sri Muda. Pam Air di Pintu Sri Muda dan Kolam Takungan Banjir Taman Sri Muda diaktifkan pada 11.35 malam, 16 Nov dan masih beroperasi dengan optimum sehingga kini," menurut kenyataan itu.
Justeru, Nadma memaklumkan semua penduduk terutama di kawasan yang terlibat diminta berwaspada, mengambil langkah berjaga-jaga dan patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Selain itu menurut Nadma, JPS menempatkan pam bergerak di sembilan lokasi sekitar Kuala Selangor bagi mempercepat aliran air keluar, dengan pam kekal turut ditempatkan di dua lokasi iaitu Kampung Asahan dan Parit Merbau, Kampung Bukit Kuching.
Dalam kenyataan sama, Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 2 petang, melaporkan terdapat lapan lokasi terkesan kejadian banjir, tujuh lokasi cerun runtuh, satu lokasi jalan runtuh, dua lokasi kejadian jalan mendap dan dua lokasi kejadian jambatan rosak atau runtuh, menjadikan jumlah keseluruhan 20 lokasi membabitkan Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Johor dan Pahang.
Pengguna jalan raya diminta sentiasa peka amaran dan rujuk maklumat bencana sebelum memulakan perjalanan dan bagi makluman serta pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR ditalian 03-26107727 atau rujuk laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my selain Twitter @CSFJ_JKR.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang melaporkan kejadian ban pecah di Kampung Seri Tanjung, Dengkil, Selangor melibatkan kira-kira 50 rumah terkesan, berpunca daripada hujan lebat dan limpahan air akibat ban pecah di kampung itu, dengan JPS dilaporkan mengambil tindakan dan dalam proses pembaikan ban tersebut.
Selain itu, Nadma memaklumkan kejadian banjir di kawasan Kampung Long Bemang, Sarawak sejak 15 Nov lepas masih belum surut dan banyak kediaman terjejas, namun 530 orang daripada 103 rumah di kawasan itu kini dalam keadaan selamat serta berada di kawasan tinggi.
Orang awam diminta merujuk maklumat terkini daripada sumber yang sahih menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022

Notis itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut. - Gambar fail

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.

Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.