KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.
Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda menjelaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinetnya perlu melakukan anjakan paradigma bagi mengatasi masalah itu pada penggal ini.
"Harapan saya adalah supaya fokus-fokus itu lebih menjurus kepada keberhasilan di tempat-tempat tertentu. Misalnya di Kudat saya telah mengemukakan cadangan berkenaan dengan penubuhan Kudat Banggi Development Authority (KUBDA) yang mana ini akan merealisasikan impian kita untuk mendapatkan satu kawasan penggazetan Banggi sebagai Zon Bebas Cukai.
"Usaha-usaha sebegini perlu kita tingkatkan sebab dalam usaha mengubah nasib rakyat di Kudat daripada daerah mundur kepada daerah yang maju," katanya.
Selain itu, Verdon yang merupakan wakil rakyat Bebas berkata, Perdana Menteri disifatkan sangat dekat dalam menghayati denyut nadi rakyat di Sabah dan Sarawak menerusi kesungguhan melaksanakan secara tuntas isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Katanya, ia dapat dilihat menerusi pengembalian pelaksanaan hak tatakelola minyak dan gas selain urus tadbir sumber tenaga ke Sabah.
Dalam pada itu, beliau turut meletakkan harapan pemberian geran khas kepada Sabah yang termaktub dalam MA63 dapat direalisasikan.
"Inilah harapan kita perkara-perkara (hak) ini dapat disegerakan sebab ia akan menjadi sumber besar untuk memajukan negeri Sabah itu sendiri.
"Saya lebih fokus kepada perkara yang perlu dilakukan di Sabah memandangkan Sabah merupakan negeri yang sangat terbelakang (dari segi pembangunan)," katanya yang turut menyifatkan Anwar telah menampak satu kemajuan yang belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
Astro Awani
Mon Feb 27 2023

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

100 Hari Kerajaan: Fokus bantu daerah mundur, miskin di Sabah - MP Kudat
Kerajaan perpaduan dan barisan kabinet perlu cakna serta lebih fokus dalam membawa keluar negeri serta daerah-daerah terutama di Sabah dari kepompong kemiskinan dan kemunduran.

100 Hari Kerajaan: Beri peluang enam bulan melaksanakan dasar - Juanda
Tidak adil untuk mengukur kejayaan atau kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 100 hari pemerintahan.

Tempoh 100 hari bukan waktu rancang semula - Gerakan #KamiMalaysia
Kerajaan baharu ini sewajarnya memperbetul dan menghasilkan impak yang sepatutnya dengan kejelasan polisi yang boleh dipertahankan secara telus dan terbuka.