KUALA LUMPUR: Melakar perjalanan bidang politik menerusi 100 karya seni.
Itu inisiatif diambil beberapa individu termasuk Tony Pua dalam mewujudkan Galeri Seni Theatre Impian sempena ulang tahun kelahiran ke-80 Lim Kit Siang.
Jelas Tony yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, kesemua karya seni itu dihasilkan oleh 80 pengkarya tempatan.
"Teater Impian ini sebenarnya adalah hasil daripada penyokong beliau yang mahu menghargai Kit Siang, susah payah, liku-liku dihadapi Kit Siang selama lebih 55 tahun dalam bidang politik.
"Saya terlibat dalam projek ini bersama beberapa penaja sejak dua tahun lalu, dan tugas saya sebagai kurator untuk memastikan seluruh projek berjalan lancar," katanya.
Selain lukisan, beberapa karya seni berbentuk catan, kaligrafi dan seni saduran memaparkan setiap kisah yang diharungi Kit Siang sebelum ini.
Dalam pada itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berpendapat perjuangannya dalam politik hanya untuk melihat Malaysia setaraf negara lain.
"Selepas 55 tahun (politik), apa yang saya paling penting bagi saya (ialah) mengenai masa depan rakyat Malaysia. Saya percaya kita (Malaysia) akan menjadi negara dengan pemimpin kelas dunia," jelas veteran DAP itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pra-tonton Theatre Impian di Bukit Jalil baru-baru ini.
Galeri terbabit dijangka dirasmikan pada 28 Mac ini dan dibuka kepada orang ramai pada 31 Mac bermula jam 11.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari Selasa sehingga Sabtu.
Karya-karya seni yang dipamerkan turut dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya seni hebat tempatan seperti Ahmad Zakii Anwar, Calvin Chua, Chong Siew Ying, Cheong Tuck Wai, Gan Tee Sheng, Jeganathan Ramachandram, Khairuddin Zainudin, Kow Leong Kiang, Yuki Tham dan sebuah catan unik daripada Tony Pua.
Fareez Azman
Fri Mar 26 2021

Selain lukisan, beberapa karya seni berbentuk catan, kaligrafi dan seni saduran memaparkan setiap kisah yang diharungi Kit Siang sebelum ini. - Foto Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Siti Nurhaliza mahu bangunkan galeri sendiri
Menurut Siti, sungguhpun sudah lama mencetuskan idea untuk membangunkan sebuah galeri, namun masih tiada lagi perbincangan serius antara dirinya dan pihak pengurusan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Lokasi bersejarah: Papan bukan lagi pekan hantu, sepi
Perubahan drastik dapat dilihat menerusi papan tanda baharu dan aktiviti pelancongan yang rancak berjalan.

Semangat muda Segaris Art Center
Galeri yang ditubuhkan di bawah UiTM Art & Design Sdn Bhd, anak syarikat UiTM Holdings Sdn Bhd dinamakan sebagai Segaris Art Center.

Keindahan manuskrip al-Quran Terengganu dihayati dalam bentuk digital
Universiti Malaysia Terengganu mengambil inisiatif mendigitalkan enam manuskrip al-Quran Terengganu yang disimpan oleh Muzium Negeri Terengganu, menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR).

100 karya seni perjalanan politik Kit Siang dipamerkan di galeri
Melakar perjalanan veteran politik Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang selama 55 tahun dalam bidang politik menerusi 100 karya seni.

Kediaman umpama galeri vintaj
Ratusan barangan lama dan terpakai termasuk seterika tembaga, pinggan mangkuk, telefon dan koleksi wang menghiasi segenap ruang rumah.

Hasrat yang dilepaskan di kanvas
Artis tetap memerlukan perasaan atau pemikiran serta kemahiran untuk menyampaikan sesuatu hasrat.

Jambatan angkat dibuka untuk laluan kapal sebulan lagi
Pihak yang mengurus pentadbiran dan penyelenggaraan jambatan tersebut berkata, waktu yang sesuai untuk bahagian tengah jambatan tersebut dibuka sedang dibincangkan bersama Jabatan Laut Malaysia.