IPOH: Kira-kira 100 pekerja Tasek Corporation Berhad berpiket di hadapan kilang itu di Kawasan Perindustrian Tasek, dekat sini, pada Isnin menuntut agar majikan menerima cadangan perjanjian kolektif (CA) yang lebih adil terdiri daripada 44 perkara berkaitan kebajikan petugas kepada syarikat itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Simen (CIEU) Semenanjung Malaysia, P. Thamotharan berkata, CA ke-17 telah pun tamat pada Jun 2022 lepas dan rundingan dengan majikan menemukan jalan buntu.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihak syarikat hanya bersetuju untuk permohonan 33 perkara sahaja manakala 11 lagi masih tidak berjaya dituntut melalui cadangan yang dihantar pada 9 Feb dan 19 Mac lepas selepas beberapa kali rundingan.
"Daripada 11 perkara yang ditolak itu kita tumpukan kepada tuntutan, tentang pelaksanaan gaji mengikut kemahiran pekerja termasuk perubatan pekerja kerana kesihatan kami perlu diutamakan.
"Selain itu kami turut menuntut supaya elaun syif disemak semula memandangkan tiada kenaikan sejak enam tahun lepas dan kita juga tuntut tentang cuti bersalin, elaun perumahan serta pelarasan gaji minimum," katanya pada sidang media di hadapan kilang berkenaan.
Turut hadir dan mengadakan perbincangan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani.
Thamotharan berkata, lebih mengejutkan apabila kesatuan telah dimaklumkan majikan telah membuat satu aduan di bawah Seksyen 18 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk merujuk CA kepada Jabatan Perusahaan.
"Apa yang kita kesalkan majikan tidak memaklumkan kepada kami mereka mahu bawa perkara ini ke peringkat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), sedangkan sebelum ini itulah mediumnya mengadakan sesi perbincangan dengan kesatuan yang mewakili 236 pekerja," katanya.
Sementara itu, Sivanesan yang dilihat memasuki premis kilang mengambil masa hampir 40 minit bagi mendapatkan kata putus dalam menyelesaikan perkara berkenaan.
Beliau berkata, selepas mengadakan pertemuan, pihak kilang bersetuju untuk mengadakan perbincangan semula dengan pihak kesatuan dan kedua-dua pihak diberikan tempoh dua minggu untuk mencapai persetujuan.
"Jika dalam tempoh itu tidak berjaya diselesaikan, maka JPPM akan memulakan tindakan selanjutnya dan pihak kesatuan juga bersetuju untuk menarik semula piket hari ini," katanya.
Menurut Sivanesan, perkara yang dimaklumkan kepada beliau ialah 11 perkara yang dituntut kesatuan akan memberi impak kewangan kepada syarikat dan ia tidak dapat dipenuhi. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Piket yang diadakan pekerja pada sebelah bagi melibatkan hampir 100 orang di hadapan pintu masuk kilang simen Tasek Corporation Berhad di Ipoh, pada Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.
Kilang peluru automasi tinggi buatan tempatan beroperasi Mac ini
Sultan Pahang, AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan kilang peluru automasi tinggi pertama dalam negara milik Ketech Asia Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lipis, Pahang, pada Khamis.
Harga emas terus meningkat
Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi.
Inflasi perubatan naik punca tuntutan insurans kesihatan naik
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat
Risiko eksport semikonduktor ke AS minimum - Tengku Zafrul
Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata risiko negatif terhadap eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat adalah pada tahap minimum.
Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.
Kemunculan AI bahari jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
KPM kerjasama dengan KKM, PDRM bendung trend vape pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan memandang serius isu peningkatan trend penggunaan rokok elektronik atau vape melibatkan 20,000 pelajar sekolah tahun lalu.
Satu sesi persekolahan di seluruh negara menjelang 2030
Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan sistem satu sesi persekolahan menjelang 2030.
Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.
100 pekerja kilang simen berpiket tuntut elaun disemak
Kira-kira 100 pekerja kilang simen tuntut majikan terima cadangan CA yang lebih adil terdiri daripada 44 perkara berkaitan kebajikan petugas kepada syarikat itu.
Kepimpinan negara konsisten dalam isu Palestin - Ketua Wanita Amanah
Antara tindakan Malaysia ialah melarang syarikat perkapalan berpangkalan di Israel ZIM daripada memasuki mana-mana pelabuhan negara.
Solidariti Palestin: Hujan, panas tak lunturkan semangat peserta piket
Walaupun berdepan kesukaran seperti keperluan tandas, cuaca buruk dan sebagainya, namun sokongan masyarakat sekitar menguatkan semangat untuk meneruskan piket.
Khemah peserta piket 'Kepung Demi Palestin' boleh didirikan semula
Beliau turut memberi penghargaan kepada polis kerana membantu memastikan keselamatan peserta dan orang ramai dalam keadaan baik.
Kepung Demi Palestin: Piket aman gesa gencatan senjata, terus bersolidariti
Dianggarkan 100 peserta menyertai 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin'selama enam hari bermula malam ini.
Pengurusan LTAT akan bincang dengan MTUC, Cuepacs, KKLTAT cari penyelesaian
Pengurusan LTAT sedia memberi penerangan sewajarnya dan menjalankan perbincangan bersama wakil-wakil tiga kesatuan pekerja itu.
Bantulah Utusan, mereka sebahagian daripada kita - Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih dan marah susulan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad yang difahamkan akan menutup operasinya pada Rabu ini.
Neelofa luah kesedihan atas nasib Utusan Melayu
Neelofa luah kesedihan atas situasi yang menimpa syarikat akhbar, Utusan Melayu dan tawarkan peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.
Utusan Melayu henti cetak akhbar Rabu ini?
Syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Berhad difahamkan akan memberhentikan operasi mencetak akhbar bermula Rabu dan hanya beroperasi menerusi platform digital.
Kakitangan Utusan Melayu adakan piket tuntut gaji tertunggak tiga bulan
Lebih 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad mengadakan piket di luar bangunan syarikat akhbar itu bagi menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan lalu pada Isnin.