KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini berjaya meningkatkan kadar vaksinasi harian melebihi 300,000 dos sehari, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama dan kedua di seluruh negara setakat ini adalah 10,413,270 dos.
"Pada 8 Julai, jumlah vaksinasi yang dicatatkan di seluruh negara adalah sebanyak 376,909 dos," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata kerajaan menyeru individu yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin supaya tampil dan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, pendaftaran melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my atau di talian hotline 1-800-88-8828.
Beliau berkata selain itu, pendaftaran secara manual juga diperkenalkan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Kerajaan terus komited dalam memastikan program vaksinasi berjalan lancar serta akan berusaha sebaik mungkin bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Ismail Sabri berkata, kerajaan terus komited dalam memastikan program vaksinasi berjalan lancar serta akan berusaha sebaik mungkin bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia. - Gambar/ Bernama

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 660,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,477,888 kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 16 juta dewasa di Malaysia terima dos penggalak vaksin COVID-19
Sejumlah 22,963,644 atau 97.6 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi.

Lebih setengah juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,435,586 kanak-kanak dalam kumpulan umur 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 487,728 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,425,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Hampir 200,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,371,120 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, atau 38.6 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

44,376 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,353,370 atau 38.1 peratus kanak-kanak 5-11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: 15.85 juta populasi dewasa lengkap dos penggalak
Ia selepas pertambahan 4,253 dos penggalak direkodkan semalam.