Seramai 107 individu mendakwa kerugian berjumlah RM6 juta setelah sebuah syarikat gagal menunaikan janji untuk memberi pulangan lumayan bagi pelaburan yang mereka lakukan.
Wakil kumpulan itu Justin Tay Ooi Hong mendakwa syarikat pelaburan berkenaan, yang diterajui seorang pengarah berusia 25 tahun, menjanjikan kadar pulangan yang tinggi sekiranya menyertai skim pelaburan syarikat terbabit.
"Skim ini bermula kira-kira setahun lepas dengan kami antaranya dijanjikan pulangan pelaburan sehingga 40 peratus sebulan," katanya pada sidang berita di pejabat Gerakan Pulau Pinang di sini, hari ini.
Tay berkata memandang syarikat berkenaan mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah, mereka mempercayai tawaran itu dan membuat pelaburan di syarikat berkenaan.
Beliau percaya lebih 500 orang menjadi mangsa syarikat itu.
Menurutnya satu laporan polis berhubung perkara telah dibuat di Balai Polis Jalan Patani, Timur Laut di sini pada 21 Mac lepas.
Sementara itu, bekas penyelia sebuah kilang Chiang Teik Heng, 57, berkata beliau melabur kesemua wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM129,000 dalam syarikat itu pada Januari lepas.
"Saya diberitahu skim ini akan memberi manfaat...kini semua wang saya hilang,"katanya.
Seorang lagi mangsa, Geoh Joo Hock, 57, berkata beliau melabur RM43,000 pada Januari lepas dan tidak menerima pulangan seperti yang diperkatakan.
Isteri dan bapa saudaranya turut membuat pelaburan di syarikat sama, katanya.
Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong pula menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam pelaburan yang disertai mereka.
Beliau turut menggesa Bank Negara Malaysia dan polis supaya menyiasat perkara itu untuk mengelak lebih ramai lagi yang menjadi mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pulau Pinang ACP Abdul Ghani Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. --BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2017

Oh Tong Keong menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam pelaburan yang disertai mereka. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.

Bekerja atau tidak, carum PERKESO untuk perlindungan diri dan keluarga
Sekiranya pencarum meninggal dunia, sekurang-kurangnya waris mendapat mendapat faedah dari segi kewangan yang dapat mengurangkan beban.

Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.

Akaun 3 KWSP: Tahap celik kewangan pencarum perlu dipertingkat
Pencarum KWSP perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi agar tidak sewenang-wenangnya membuat pengeluaran caruman Akaun 3.

Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.

188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.

Inisiatif KWSP berjaya tarik lebih ramai pencarum daripada pekerja tidak formal
Reformasi terhadap sistem perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mendapatkan liputan yang lebih meluas terhadap usaha positif itu.

Pemandu, penunggang p-hailing akan diwajibkan mencarum di bawah Perkeso
Semua pemandu dan penunggang p-hailing selepas ini akan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Kerajaan setuju beri 'ganjaran' sempena Hari Pekerja 2022
Hadiah itu termasuk kerajaan akan menanggung 80 peratus jumlah caruman individu bekerja sendiri di Perkeso.

KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.