KUALA LUMPUR: Sebanyak 11,367 kes atau 61 peratus jenayah siber direkodkan dari Januari hingga Julai tahun ini, kata Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial SAC Victor Sanjos.
Beliau berkata trend jenayah siber dari 2016 hingga Julai 2022 menunjukkan peningkatan daripada 39 peratus kepada 61 peratus.
Terdapat enam jenis penipuan dalam talian iaitu Macau Scam, jenayah e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud, 419 scam atau love scam, dan memancing data (phishing).
"Macau Scam atau panggilan penyamaran/penipuan sehingga kini merekodkan 4,912 kes melibatkan kerugian RM199.8 juta, jenayah e-dagang mencatatkan 5,397 kes dengan kerugian RM71.6 juta, dan e-financial fraud (penipuan kewangan dalam talian) atau phishing pula sebanyak 543 kes dengan kerugian RM40.5 juta," katanya dalam webinar bertajuk 'Duit dalam akaun bank anda lesap. Apakah puncanya dan langkah mencegahnya?' semalam.
Victor berkata, wang dalam akaun bank hilang ini berlaku sejak wujudnya phishing dan internet selain pihak bank juga menawarkan perkhidmatan secara dalam talian.
"Jadi apa yang dibuat oleh scammer adalah mereka mencipta satu laman web seakan-akan bank berkenaan.
"Selaras dengan perkembangan teknologi, scammer terfikir untuk buat aplikasi scam, ini biasanya satu taktik phishing yang digunakan scammer untuk mendapatkan nama, kata laluan dan maklumat lain tentang pengguna," katanya.
Beliau berkata selepas pengguna memuat naik aplikasi scam ini, aplikasi tersebut akan minta untuk mengambil alih peranan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sekiranya pengguna membenarkan perkara tersebut maka ia memudahkan scammer untuk menjalankan aktiviti.
Menurut Victor, antara modus operandi yang biasa digunakan scammer ialah iklan-iklan di platform media sosial - app scam merekodkan 39 kes melibatkan kerugian RM721,728.69 oleh individu tertentu dari Januari hingga Julai 2022.
"Mangsa sebenarnya yang melibatkan diri mereka tetapi kadang-kadang lupa bahawa mereka yang mendedahkan diri mereka," katanya.
Sementara itu, Pengurus (Bahagian Pertanyaan dan Aduan) Bank Negara Malaysia Vijayadurai Singgatore berkata BNM sentiasa menyeru orang ramai untuk cakna dengan tipu helah atau tawaran dibuat oleh scammer sama ada ia logik atau tidak.
"Kita kena bijak guna teknologi, aplikasi yang diberi melalui WhatsApp jangan mudah percaya, hyperlink yang diberi jangan main klik dan buat transaksi, itu mungkin perangkap," katanya.
BNM dan pihak industri perbankan juga sentiasa meningkatkan taraf keselamatan supaya pengguna yakin dengan keselamatan sistem yang ditawarkan.
"Sekarang perbankan internet siap dengan gambar kena sepadan, captcha. Dalam masa sama ada banyak bank sudah meningkatkan tahap keselamatan dengan membuat ikatan peranti (device binding) iaitu sekiranya pengguna mahu buat perbankan internet, mesti guna peranti yang didaftarkan," katanya.
Ketua pegawai eksekutif AmBank Islamic Eqhwan Mokhzanee Muhammad berkata, sekiranya pengguna terlibat dengan aktiviti scam, mereka harus menghubungi pihak bank terlebih dahulu supaya akaun mereka dapat dibekukan serta-merta sebelum membuat laporan polis.
"Apabila pelanggan mengesyaki dia ditipu, lihat duit sudah hilang, saya menyarankan pelanggan untuk menghubungi pihak bank di talian khidmat pelanggan dan pada masa sama saya menyeru pelanggan untuk tukar nombor pin kad ATM dan juga kata laluan akses perbankan internet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022
Trend jenayah siber dari 2016 hingga Julai 2022 menunjukkan peningkatan daripada 39 peratus kepada 61 peratus. - Gambar hiasan
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
Ancaman jenayah siber dikuasakan AI melonjak pada musim Tahun Baru Cina - Fortinet
Penjenayah siber dikesan memanfaatkan musim perayaan Tahun Baru Cina (CNY) untuk melakukan jenayah siber yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Keperluan pelesenan media sosial mudahkan proses keadilan mangsa jenayah siber
Siraj Jalil berkata, kebanyakan kes jenayah dalam talian lazimnya menemui jalan buntu apabila pemilik akaun terlibat gagal dikenal pasti.
UNGA luluskan perjanjian tangani jenayah siber
Ini merupakan perjanjian keadilan jenayah antarabangsa pertama yang dirundingkan antara negara anggota PBB dalam tempoh lebih 20 tahun.
Polis Thailand banteras 'Shell Company' dikaitkan dengan rangkaian jenayah siber
Pelabur mengupah 14 firma perakaunan untuk mendaftarkan entiti korporat dan membuka akaun bank untuk aktiviti haram.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Myanmar beri amaran kepada dalang jenayah siber selepas usir lebih 1,000 penipu
Myanmar berjaya mengenal pasti dan mengusir 1,242 warga asing ke negara asal mereka antara 1 Januari 2022 hingga 22 November 2024.
Pengguna media sosial perlu hati-hati, kukuhkan tetapan sekuriti dan privasi - Pakar
Pengguna perlu ambil langkah kawalan seperti menggunakan verifikasi dua langkah, cap jari, pengecaman wajah serta nombor pas pengesahan transaksi (OTP).
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.