KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita pada Jumaat dan semalam kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata tangkapan pertama pada Jumaat melibatkan dua lelaki berusia 28 dan 34 tahun di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) oleh Unit Rondaan Bermotorsikal (URB).
"Ketika membuat rondaan, pihak polis cuba menahan sebuah kereta yang mencurigakan namun kenderaan itu memecut laju ke arah Lebuhraya SUKE. Seorang daripada suspek bertindak terjun dari kereta tetapi berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata juruteknik Telekom Malaysia (TM) yang membuat pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu disyaki mencuri kabel di Jalan Hillview, Hulu Kelang dan seorang daripadanya gagal mengemukakan kad pengenalan diri.
Sementara itu, pada 5 petang semalam, polis membuat tangkapan susulan terhadap enam lelaki dan tiga wanita berusia 17 hingga 33 tahun di Bandar Botani dan Jalan Taman Kem Pelabuhan, Klang kerana disyaki terlibat dengan kes sama.
Mohd Azam berkata polis merampas antaranya 76 kabel yang dipotong pelbagai ukuran, empat kereta, tiga mesin gerudi, satu mesin kimpal, 10 gulung tali 'sling', satu kuku kambing dan empat telefon bimbit bagi membantu siasatan.
"Sembilan individu mempunyai dua hingga 14 rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah serta narkotik dan ujian air kencing mendapati dua daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan ampthetamine," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek terlibat dengan empat kes di daerah Ampang Jaya, dua kes di Shah Alam serta tiga di Melaka dan dipercayai aktif sejak setahun lepas dengan menyasarkan kabel TM bawah tanah yang dipotong dan ditarik menggunakan pacuan empat roda.
"Dua individu yang ditangkap pada Jumaat direman empat hari hingga esok, manakala sembilan yang lain direman empat hari bermula hari ini," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024

Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita pada Jumaat dan semalam kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor. - Foto Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000
Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi
Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai tengah malam tadi.

Kes OKU dipukul: Polis tahan pempengaruh muat naik hantaran berbaur ugutan
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor, kira-kira pukul 6.55 pagi tadi.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

Polis tahan dua rakan disyaki terlibat aktiviti dadah
Polis menahan dua individu tempatan dan merampas beberapa paket dadah keseluruhan bernilai RM18,194 menerusi operasi pencegahan jenayah di Taman Dusun Nyiur, awal pagi tadi.

Insiden cederakan peguam: Polis tahan 22 individu, empat didakwa
Polis menahan 22 lelaki termasuk suspek utama bagi membantu siasatan berhubung insiden menyerang seorang peguam sehingga cedera.

Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah
Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah semalam.

Polis rampas serbuk ekstasi lebih RM600,000, tahan lelaki tempatan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 3.98 kilogram serbuk ekstasi bernilai RM665,578 dalam serbuan di dua rumah di Taman Abad dan Taman Sentosa, Selasa lepas.