Skip to main content

Malaysia

11 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat 4 petang

Sebanyak 11 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Sibu merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 175. - Gambar fail/BERNAMA
Sebanyak 11 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Sibu merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 175. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Sibu merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 175.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Mukah (172), Sri Aman (172), Sarikei (160), Kuching (159) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (159). 

Bacaan IPU tahap tidak sihat turut direkodkan di Samarahan (155), Bintulu (154), Samalaju (153), Institut Latihan Perindustrian Miri (121) dan Kapit (104). 

Sementara itu, sebanyak 53 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala empat kawasan merekodkan bacaan baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. 

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement