KUALA LUMPUR: Hari ini sebelas tahun yang lalu, kapal Mavi Marmara yang sedang dalam pelayaran membawa misi kemanusiaan ke Gaza diserang dan diceroboh tentera rejim zionis Israel.
Dalam insiden awal pagi itu, tentera Israel menceroboh dan menyerang Flotila Pembebasan Gaza di tengah-tengah perairan antarabangsa di laut Mediterranean.
Sebagai mengenang insiden 11 tahun lalu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa masyarakat dunia agar memberi tekanan dan sekatan ekonomi kepada Israel sehingga Gaza dibebaskan sepenuhnya.
Dalam satu kenyataan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan agar segala bentuk serangan dan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihentikan segera.
BACA: Kronologi tragedi Mavi Marmara
BACA: Israel minta maaf sambil pejam mata
Mohd Azmi menjelaskan pihaknya mengecam sekatan berterusan ke atas Gaza yang tidak sah oleh undang-undang antarabangsa.
"Sejak serangan Mavi Marmara dan penahanan sembilan aktivis oleh tentera laut laut pada 31 Mei 2010, Gaza masih berada di bawah sekatan yang tidak berperikemanusiaan.
"Tidak ada sebarang keizinan diberikan keatas sebarang tindakan yang dilakukan Israel hingga menjadikan Gaza umpama penjara terbuka terbesar di dunia.
"Flottila membebaskan Gaza diatur dengan satu tujuan iaitu memecahkan pengepungan," katanya.
Beliau menjelaskan, sejak dikenakan sekatan Gaza benar-benar terputus dari dunia luar sementara siri serangan udara oleh Zionis Israel telah menghancurkan Gaza.
"Mavi Marmara adalah usaha masyarakat sivil antarabangsa untuk mencabar sekatan itu.
"Sekatan udara, laut dan darat di Gaza adalah haram dan badan bukan kerajaan antarabangsa meletakkan harapan negara kuasa besar untuk melakukan segala usaha substantif bagi mengakhiri pengepungan itu," katanya lagi.
Flotila anjuran Gerakan Bebaskan Gaza dan Yayasan Hak Asasi, Pembebasan dan Bantuan Kemanusiaan Turki (IHH) membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dan bekas jurukamera Samsul Kamal Abdul Latip ialah antara yang ditahan ketika mengikuti misi flotila dengan menaiki kapal Mavi Marmara 11 tahun lalu.
Astro Awani
Mon May 31 2021
![11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi 11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/81467011649_Marmara.jpg)
Mohd Azmi menjelaskan pihaknya mengecam sekatan berterusan ke atas Gaza yang tidak sah oleh undang-undang antarabangsa. - Gambar fail
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi 11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/81467011649_Marmara.jpg)
11 tahun insiden Mavi Marmara: Mapim gesa Israel diberi tekanan, sekatan ekonomi
Mohd Azmi Abdul Hamid menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan agar segala bentuk serangan dan sekatan yang dikenakan terhadap Gaza dihentikan segera.
![Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/41389709204_295x200.jpg)
Erdogan samakan pemimpin Israel dengan Hitler
Perdana Menteri Turki itu meningkatkan kecamannya ketika korban serangan rejim Zionis ke atas Gaza mengorbankan lebih 300 orang.
![Israel minta maaf sambil pejam mata Israel minta maaf sambil pejam mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/51364026333_295x200.jpg)
Israel minta maaf sambil pejam mata
Apa maknanya permohonan maaf Rejim Zionis Israel, tiga tahun selepas pembantaian segenap sudut kapal Mavi Marmara?
![Turki dilihat sebagai sekutu penting Amerika Turki dilihat sebagai sekutu penting Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41364023695_295x200.jpg)
Turki dilihat sebagai sekutu penting Amerika
Penganalisis Asia Barat, Prof Madya Dr Kamaruzaman memberi pandangan tentang permohonan maaf Israel ke atas insiden Mavi Marmara.
![Pengalaman ditahan rejim Israel ingatkan keperitan Palestin Pengalaman ditahan rejim Israel ingatkan keperitan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71364021776_295x200.jpg)
Pengalaman ditahan rejim Israel ingatkan keperitan Palestin
Ikuti temubual bersama wartawan Asro Awani Ashwad Ismail, antara yang ditahan oleh rejim Israel ketika mengikuti misi Flotila pembebasan Gaza tiga tahun lalu.
![Kronologi tragedi Mavi Marmara Kronologi tragedi Mavi Marmara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81364007893_295x200.jpg)
Kronologi tragedi Mavi Marmara
Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail ialah antara yang ditahan tentera regim Israel ketika mengikuti misi flotila tersebut.