PUTRAJAYA: Dua belas anjing bakal 'menyertai' Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Jumlah itu ujarnya adalah sebagai tambahan dan memantapkan lagi tugasan pasukan itu yang kini mempunyai 36 aset hidup itu di seluruh negara.
Beliau menjelaskan, pakej pengendalian termasuk latihan untuk seekor anjing itu memakan kos tinggi, iaitu sekitar RM400,000 hingga RM500,000.
"Insya-Allah, tahun ini kita akan dapat 12 ekor (K9) lagi selepas mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU), penambahan kepada 36 anjing sedia ada.
"Sebenarnya anjing K9 ini mempunyai disiplin khas dan bukan kumpulan anjing K9 biasa.
"Namun kita telah diberi indikator oleh EPU untuk menerima 12 ekor anjing pengesan selepas kelulusan Bajet nanti," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tahunan 2023 JBPM, di sini, pada Khamis.
Pada majlis itu, seramai 15 pengamal media dari pelbagai agensi turut menerima sijil penghargaan.
Pemberian sijil itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media yang menyokong kelangsungan jabatan itu termasuk dalam menyalurkan maklumat mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi Batang Kali, Selangor baru-baru ini.
Selain pengamal media, 25 agensi dan jabatan kerajaan serta tiga syarikat swasta turut menerima sijil itu.
Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, pihaknya juga sedang mengkaji cadangan untuk menambah cawangan Unit K9 di kawasan utara.
"Ketika ini, kita hanya mempunyai unit ini di Lembah Klang dan kawasan selatan negara," tambahnya.
Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata, JBPM memohon kerajaan menambah kira-kira 3,000 hingga 4,000 kakitangan bagi menampung tenaga manusia terutamanya dalam tempoh kecemasan.
Bagaimanapun, menurut beliau kerajaan mungkin boleh melihat supaya ia boleh dilaksanakan secara berfasa.
Umavathi Ramayah
Thu Jan 19 2023

Seramai 15 pengamal media dari pelbagai agensi menerima sijil sebagai tanda penghargaan. - Foto/ JBPM

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.

Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.

Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.

Pekerja warga Myammar cedera tangan tersepit mesin
Seorang pekerja warga Myanmar cedera selepas tangan kanannya tersepit pada mesin penghancur gula batu di sebuah kilang di Ipoh.

Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.

Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.

Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.