Skip to main content

Malaysia

12 cedera bas kilang bertembung lori muatan besi buruk

61513656257_baskemalangan.jpg
61513656257_baskemalangan.jpg

Advertisement

Seorang pemandu bas patah peha manakala 11 pekerja kilang cedera ringgan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan lori membawa muatan besi di Kawasan Perindustrian Perai 6, Pulau Pinang pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, bas  yang membawa pekerja wanita itu dalam perjalanan menghantar pekerja kilang di Perai sebelum dirempuh lori berkenaan yang dikatakan secara tiba- tiba keluar dari simpang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata  rempuhan itu menyebabkan bas terseret ke kanan jalan sebelum melanggar  penghadang jalan.

Akibat kejadian itu, pemandu bas berusia 52 tahun telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat manakala 11 penumpang yang lain mengalami kecederaan ringgan.

Pemandu treler berusia 29 tahun dilaporkan tidak cedera.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital Seberang Jaya, untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat dibawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Must Watch Video

Advertisement