Seramai 12 peniaga durian di sekitar Perak dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.
Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan khas terhadap peniaga-peniaga gerai durian di sekitar Perak pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.
Katanya, tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan atau memiliki alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan, ditandakan dengan cap, diperakui atau disahkan.
"Pihak kementerian tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga.
"Selain itu, peniaga juga wajib memastikan penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan dan masih dalam tempoh sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Saifullizan turut menasihati pengguna agar menggunakan hak mereka dengan bijak semasa berbelanja pada tempoh PKPP untuk mengelak daripada dimanipulasi oleh para peniaga.
Sebarang aduan boleh disalurkan antaranya menerusi bilik gerakan rakan KPDNHEP Perak di talian 05-2414611 atau melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-2794317.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 11 2020
KPDNHEP tidak mengawal harga bagi komoditi durian, namun peniaga wajib mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan daripada segi penandaan harga. - Gambar hiasan
Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Meskipun populasi harimau merosot di seluruh dunia selepas sebahagian besar habitat telah diceroboh, situasi ini berbeza di sebuah kawasan hutan luas terlindung di Thailand.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Langkah itu bertujuan memastikan Malaysia menjadi antara destinasi pelancongan utama 10 negara ASEAN, selari dengan komitmen memperkukuh industri pelancongan serantau.
Buat wanita gemar 'membawang,' Nora Danish pesan amalkan sedekah, sentiasa bertaubat
Amalan bersedekah dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara seperti mengata atau mengumpat orang lain.
Pasukan rundingan baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di Selatan Thailand.
Kerajaan Britain sokong pelan pengembangan Lapangan Terbang Heathrow
Menteri Kewangan Britain Rachel Reeves pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan akan menyokong rancangan pembinaan landasan ketiga di Lapangan Terbang Heathrow, satu keputusan yang mendapat kritikan berikutan kebimbangan kesannya terhadap alam sekitar.
Jet bertembung helikopter berhampiran Lapangan Terbang Washington
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) pada Rabu mengesahkan sebuah jet PSA Airlines bertembung di udara dengan helikopter Sikorsky H-60 ketika menghampiri Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan Washington.
Lebih 19,000 premis perniagaan diperiksa menerusi Ops Pantau - Armizan
Daripada jumlah itu 81 kes dikesan menerusi 566 laporan diterima melibatkan pelbagai kategori aduan.
Peniaga runcit dan pasar raya perlu beralih ke alat timbang digital dalam tempoh setahun - Salahuddin
Salahuddin menjelaskan, sudah tiba masanya industri perniagaan runcit dan pasar raya menggunakan alat timbang digital.
Skim Kawalan Harga: 31 peniaga tidak patuh dikompaun di Perak
Saifullizan berkata, 11 peniaga dikesan melakukan kesalahan tiada tanda harga khas merah jambu terhadap barangan yang dijual.
12 peniaga durian di Perak dikompaun kerana tipu alat timbang
Seramai 12 peniaga durian di sekitar Perak dikompaun RM100 setiap seorang kerana menipu dengan menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah.
KPDNKK kompaun 19 peniaga durian di Negeri Sembilan
Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan sempena 'Op Duri' yang diadakan di sekitar negeri itu bermula Isnin lalu.