TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengeluarkan 128 kompaun ke atas individu yang dikesan membuang sampah di tempat awam sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, 127 kompaun dikeluarkan melalui tangkapan kamera litar tertutup (CCTV) dan satu lagi ditawarkan melalui tangkapan terus.
Menurutnya, keseluruhan kompaun itu berjumlah RM32,000.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang membuang sampah secara haram bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Perbandaran Taiping) 1984.
“Tawaran kompaun tidak lebih daripada RM250 akan dikeluarkan dan sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya,” katanya ketika berucap dalam mesyuarat penuh MPT di sini, hari ini.
Tegasnya, aktiviti penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan Taiping sebagai bandar terbersih menjelang ulang tahun ke-150 Bandar Taiping dan Tahun Melawat Perak 2024.
Pada masa sama, kata Khairul Amir, MPT akan meneruskan siri jelajah ‘e-waste & plogging’ di Medan Selera Kamunting pada 6 Mei ini.
“Konsep siri jelajah adalah dengan membawa barangan buangan elektronik (e-waste) yang hendak dilupuskan ke tempat pengumpulan dan setiap barangan itu ditukar dengan wang tunai mengikut harga ditetapkan,” ujarnya.
Menurutnya, sepanjang program itu, sebanyak 322 barangan e-waste berjaya dikumpulkan dan hasil diperolehi penduduk berjumlah RM522.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 28 2023

Khairul Amir berkata, aktiviti penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan Taiping sebagai bandar terbersih menjelang ulang tahun ke-150 dan Tahun Melawat Perak 2024. - Gambar fail/Facebook Majlis Perbandaran Taiping

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MPT laksana myPATIL, banteras isu perniagaan tanpa lesen
Pelaksanaan sistem tersebut akan dilakukan secara berperingkat di kawasan operasi MPT.

128 individu disaman buang sampah di tempat awam di Taiping
127 kompaun dikeluarkan melalui tangkapan kamera litar tertutup dan satu lagi ditawarkan melalui tangkapan terus.

Mural dilengkapi teknologi AR tarikan terbaharu di Taiping Heritage Art Trail
Penggunaan dan penambahan teknologi AR-Mural ini juga dijangka mampu memberi keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Tanah runtuh: Kawasan peranginan Bukit Larut ditutup sepenuhnya
Beberapa kakitangan pengurusan Bukit Larut terkandas ketika dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan susulan kejadian tanah runtuh ekoran kejadian hujan lebat pada Khamis.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

Tiga anak burung hudhud Taman Tasik Taiping tinggalkan sarang
Anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi Isnin.

PKPB: Zoo Taiping dan Night Safari jangka alami kerugian lebih RM500,000
Kerugian itu susulan kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus.

Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun
Menurutnya, mulai tarikh itu, Zoo Taiping akan beroperasi antara 8.30 pagi hingga 6 petang manakala waktu operasi Night Safari pula dari 8 hingga 10 malam.

Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Taiping, anak kuda itu yang lahir antara jam 3 dan 4 pagi Jumaat, dianggarkan seberat 70 kilogram dan dalam keadaan sihat.

Tiada rancangan robohkan Lapangan Terbang Tekah - YDP MPT
Tiada perancangan oleh Kerajaan Negeri Perak atau mana-mana pemaju merobohkan Lapangan Terbang Tekah di Taiping untuk pembangunan perumahan.