KUCHING: Seramai 128 murid luar bandar Sarawak berusia 10 dan 11 tahun menyertai Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik bagi Pelajar B40 anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang Disember ini.
YBR dalam kenyatan hari ini memaklumkan program itu sebagai usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir melibatkan pelajar luar bandar dalam bidang inovasi, sains dan teknologi serta menjayakan hasrat kerajaan untuk pendidikan serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berkembang pesat di Malaysia.
"Program melibatkan tiga sesi ini berobjektif membantu pelajar membina pemikiran logik dan sistematik dalam merancang dan melaksanakan program serta direka untuk mengukur tahap pengetahuan, sikap dan amalan pelajar melalui pra dan pasca intervensi melalui penggunaan pemprograman robotik," menurut kenyataan itu.
Berlangsung dari 5 hingga 26 Dis di Dewan Masyarakat Sebuyau, kira-kira 110 kilometer dari sini, bengkel robotik itu turut melibatkan 22 guru dan tiga fasilitator dari UKM bagi melatih peserta agar sentiasa berfikiran kritikal, kreatif dan bekerjasama dalam membuat keputusan.
Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani dalam kenyataan itu berharap program berkenaan memberi impak kepada kesemua peserta memperoleh pengalaman, menggunakan pengetahuan mengenai robotik dengan teknologi semasa.
"Dalam memacu negara ke arah modenisasi, bidang inovasi harus diberi pendedahan yang berterusan demi kelangsungan tenaga mahir yang merupakan aset kepada sebuah negara maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

YBR dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu sebagai usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir melibatkan pelajar luar bandar dalam bidang inovasi, sains dan teknologi - Foto BERNAMA

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

NVIDIA beri lebih fokus kepada arena robotik mulai tahun depan
Pada pertengahan pertama tahun 2025 kelak, NVIDIA dijangka memperkenalkan penawaran komputer bersaiz kompak khusus untuk pembangunan robot, dinamakan Jetson Thor.

Malaysia intai peluang jalin kerjasama dengan Rusia dalam pemindahan teknologi
Bantuan Rusia diperlukan terutama dalam pemindahan teknologi bagi sektor tertentu seperti robotik dan sains roket.

Pasaran Robotik Malaysia dijangka cecah RM103.1 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Nilai pasaran industri robotik, terutamanya Robot Perkhidmatan, dalam 2022, kira-kira RM92.29 bilion, biarpun mengalami kesan pandemik.

128 murid luar bandar Sarawak sertai Program Robotik YBR
Seramai 128 murid luar bandar Sarawak menyertai Program Peningkatan Kemahiran Teknologi Pengaturcaraan Robotik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasasama Universiti Kebangsaaan (UKM).

SK Putrajaya Presint 11(3) lahir robotik muda disegani di persada antarabangsa
Bunyi mesin sedang berfungsi di sebuah bilik di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11(3) di sini tidak asing lagi ketika sesi kokurikulum berlangsung setiap minggu.

Suara rakyat: Penggiat pelancongan di Melaka yakin adaptasi teknologi robotik dalam RMK-12
Di Melaka yang terkenal dengan pelbagai produk pelancongan, peniaga serta pemain industri berharap pelbagai sokongan dan peruntukan disalurkan kepada sektor berkenaan untuk memajukan lagi industri itu

Perseverance NASA berjaya membuat pendaratan bersejarah di Marikh
Kenderaan yang dinamakan Perseverance itu merupakan robotik ketiga yang mendarat di planet merah itu.

Pulau Pinang miliki pusat pemulihan robotik pertama
Kerajaan negeri Pulau Pinang menggalakkan penggunaan teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan bagi meningkatkan industri pelancongan kesihatan.

Cyberview pelawa pemula niaga teknologi sertai program CLLA
Program intensif selama lima bulan itu akan membolehkan syarikat membangunkan penyelesaian untuk meningkatkan penawaran bandar pintar di Cyberjaya.

Graduan UiTM hasilkan robot urus sisa klinikal COVID-19
Dua buah robot pengangkut sisa klinikal yang dicipta sejak enam bulan lalu itu telah digunakan sepenuhnya di wad dan makmal di Hospital UiTM Sungai Buloh.