BUKIT MERTAJAM: Seramai 13 individu dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman tidak wujud ditahan polis dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Perda di sini, pada Rabu.
Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) diketuai Deputi Superintendan Raja Munawir Shah Raja Harun jam 2 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah SPT, Superintendan Mohd Nor Daud berkata, pada mulanya pihaknya menerima maklumat terdapat kegiatan sindiket judi dalam talian di lokasi tersebut, namun sebaik serbuan dilakukan, pihaknya mendapati kesemua 13 suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan itu merupakan sindiket pinjaman tidak wujud.
“Siasatan awal mendapati sindiket itu bergerak aktif sejak tiga minggu lalu dengan mengutip yuran pemprosesan daripada mangsa yang ditawarkan pinjaman yang sebenarnya tidak wujud.
“Siasatan juga mendapati sindiket sudah mengaut untung ratusan ribu ringgit sejak beroperasi," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Rabu.
Mohd Nor berkata, pihaknya turut merampas 23 buah telefon bimbit, tiga unit komputer riba yang dipercayai digunakan untuk memperdayakan mangsa.
Selain itu jelasnya, polis turut dirampas sembilan buku catitan yang mengandungi nombor telefon mangsa serta skrip yang digunakan mereka yang menyamar sebagai pegawai perhubungan syarikat.
"Siasatan mendapati modus operandi sindiket ini dengan mengiklankan pinjaman mereka menerusi media sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp.
“Selepas dihubungi peminjam, sindiket akan memperdayakan mereka dengan meminta bayar yuran pemprosesan," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek berusia di antara 19 hingga 30 tahun itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan mengenal pasti dalang utama sindiket terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 427 Kanun Keseksaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Jun 15 2022
Polis melakukan serbuan serbuan di sebuah kondominium mewah di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Usaha wujudkan taska, tadika berkeperluan khas dimulakan di Melaka
Usaha mewujudkan taska dan tadika berkeperluan khas atau autisme akan dilaksanakan dan dimulakan di negeri Melaka pada tahun ini dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada 2026. #AWANInews
Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.
'OIC dah lama tak guna' - Pakar
Dalam pada itu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir Turut menyelar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disifatkan beliau sudah lama tidak berguna.
Rancangan Trump mahu ambil alih Gaza 'gila' - Pakar
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan diuruskan oleh negara itu dengan baik adalah 'gila' dan tidak masuk akal.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Menurut Pakar undang-undang antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir tindakan Trump yang tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa itu dilihat sebagai bentuk pengusiran penduduk Gaza.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin Merdeka - Arab Saudi
Arab Saudi sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Konflik Gaza: Trump Gelar Gaza 'Riviera Asia Barat' apabila dibangunkan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan hasrat untuk melawat Israel dan kemungkinan membuat lawatan ke Gaza.
Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.
Cadangan bangunkan silibus, modul AI perubatan sedang dibincangkan
Cadangan untuk membangunkan silibus dan modul perubatan berkaitan AI dalam sektor kesihatan sedang dibincangkan dengan teliti oleh Kementerian Kesihatan. #AWANInews
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
13 ditahan libat sindiket pinjaman tidak wujud
Siasatan awal mendapati sindiket itu bergerak aktif sejak tiga minggu lalu dengan mengutip yuran pemprosesan daripada mangsa.
Lelaki terlibat sindiket pinjaman wang tidak wujud, ditahan
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan di hadapan sebuah bank di waterfront Port Dickson pada Isnin lepas kira-kira pukul 11.30 malam.