Skip to main content

Malaysia

135 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir

41641294345_DENGKIL.jpg
41641294345_DENGKIL.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan dua jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 102 kes sementara 28 kes melibatkan penyakit kulit.

Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 4 Januari 2022, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan:
  • Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 198 PPS [Johor (83), Pahang (48), Sabah (23), Melaka (22), Negeri Sembilan (18), Terengganu (2) dan  Selangor (2)],
  • Jumlah negeri dilanda banjir – Tujuh (7) (Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Sabah),
  • Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 14,093 orang,
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini),
  • Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 465 kes (4 kes baharu hari ini) dan
  • Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri - semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.

"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.

"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.


Must Watch Video

Advertisement