PONTIAN: Sejumlah 14 individu termasuk empat warga tempatan ditahan dalam tiga serbuan berasingan Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata dalam kejadian pertama, dua lelaki berusia 37 tahun yang bertindak sebagai 'transporter' ditahan sedang membawa tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia kira-kira jam 2 pagi di sekitar Jalan Tanjung Bin, Pontian.
Katanya, tiga warga Indonesia berusia di antara 24 dan 46 itu dipercayai baru saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.
"Turut dirampas sebuah Toyota Vios yang digunakan suspek bagi menghantar ketiga-tiga PATI.
"Hasil siasatan ke atas suspek telah membawa kepada tangkapan kedua di sekitar Lorong Hj Don, iaitu seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun juga bertindak sebagai `transporter´ dan dua lelaki warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 23 dan 38 tahun.
"Lelaki warganegara Indonesia yang berumur 38 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong darat manakala PATI yang berumur 23 tahun dipercayai baru saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.
"Turut dirampas sebuah Perodua Alza yang digunakan (dalam aktiviti itu)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Dimin, siasatan ke atas suspek tekong darat tersebut sekali lagi membuahkan hasil apabila membawa kepada tangkapan ketiga.
Katanya, serbuan di sebuah premis beralamat di PT Baran Jalan Sanglang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun.
"Lelaki ini bertindak sebagai individu yang bertanggungjawab menyediakan tempat perlindungan sementara PATI.
"Dalam serbuan itu, lima lelaki warganegara Indonesia berumur dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun yang juga dipercayai baru saja masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan turut ditahan," katanya.
Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM134,000.
Mereka dibawa ke IPD Pontian bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26(a) Akta Anti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran (ATIPSOM) 2007.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Mar 31 2021
Antara individu yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Pontian semalam. -PGA
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
[TERKINI] PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.
Indonesia rancang tetapkan had umur minimum penggunaan media sosial
Indonesia merancang keluarkan peraturan bagi menetapkan umur minimum untuk pengguna media sosial dalam usaha melindungi kanak-kanak.
Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
Imigresen Indonesia tahan buruan AS dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Direktorat Jeneral Imigresen menahan TJC, seorang buruan warga Amerika Syarikat (AS) yang dicari oleh Marsyal AS atas pertuduhan berkaitan eksploitasi seksual, cubaan eksploitasi kanak-kanak dan porno
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.