Skip to main content

Malaysia

140 PATI warga Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui laut

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melaksanakan program pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk kategori pemindahan melalui laut bagi tahun 2026 balik ke negara asal.  -Foto Facebook Jabatan Imigresen Negeri Sabah
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melaksanakan program pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk kategori pemindahan melalui laut bagi tahun 2026 balik ke negara asal. -Foto Facebook Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Advertisement

TAWAU: Seramai 140 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan ke negara asal melalui laluan laut dari Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia menggunakan feri komersial.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah memaklumkan pemindahan itu melibatkan tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dan Depot Imigresen Papar menerusi program pemindahan tahanan PATI bagi tahun 2026.

"Daripada jumlah itu, seramai 96 orang ialah lelaki dewasa, 30 perempuan dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, dengan lingkungan umur antara satu hingga 70 tahun.

"Kanak-kanak yang terlibat turut diiringi ibu bapa atau pengiring masing-masing sepanjang proses pemindahan," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, pada 12 Okt lalu, seramai 29 tahanan warga Filipina dipindahkan ke Manila, manakala tujuh tahanan warga China dipindahkan ke Guangzhou menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Jabatan Imigresen Sabah memaklumkan seramai 5,951 tahanan PATI telah dipindahkan ke negara asal masing-masing setakat ini.

Menurut kenyataan itu, semua tahanan berkenaan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang serta memiliki Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang sah bagi membolehkan mereka menjalani proses pemindahan.

Must Watch Video

Advertisement