KUALA LUMPUR: Masih ramai yang tidak tahu bahawa kawasan pejalan kaki berbumbung di ibu negara adalah kawasan larangan merokok, meskipun ia diwartakan sejak lima tahun lepas.
Lebih mengecewakan, ada antara individu yang merokok dilihat tanpa segan mengabaikan notis larangan itu walaupun ia dilekatkan di sekitar kawasan pejalan kaki berbumbung, malah ada yang membuang puntung rokok di merata-rata kawasan.
Padahnya, seramai 15 individu menerima notis kesalahan di bawah Peraturan 22 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok di kawasan pejalan kaki sekitar Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Pengarah Kanan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Nor Halizam Ismail berkata operasi penguatkuasaan hampir dua jam itu tertumpu di kawasan pejalan kaki berbumbung, antaranya di Jalan Putra, Jalan Pahang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Merpati.
Menurutnya, seramai 50 anggota daripada DBKL, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) menyertai operasi itu.
"Antara alasan yang sering diberikan perokok ialah mereka tidak tahu kawasan pejalan kaki berbumbung di Kuala Lumpur telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok sejak 2017.
"Sebenarnya, hanya (di) Kuala Lumpur diwartakan kawasan ini kerana ia di bawah Peraturan 22 iaitu Menteri Kesihatan berhak memilih mana-mana premis atau bangunan untuk diwartakan di bawah peraturan itu," katanya pada sidang media selepas operasi itu, hari ini.
Dalam operasi sama Dr Nor Halizam berkata sebanyak 250 risalah pendidikan kesedaran agar tidak merokok diberikan kepada orang ramai.
Katanya, aktiviti kesedaran dan penguatkuasaan akan terus diadakan dari semasa ke semasa dan beliau turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi peraturan larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan.
Sebarang aduan berkaitan boleh disalur menerusi aplikasi WhatsApp di talian 010-860 8949.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Masih ramai yang tidak tahu bahawa kawasan pejalan kaki berbumbung di ibu negara adalah kawasan larangan merokok, meskipun ia diwartakan sejak lima tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
15 perokok dikompaun di kawasan pejalan kaki berbumbung sekitar KL
Masih ramai yang tidak tahu bahawa kawasan pejalan kaki berbumbung di ibu negara adalah kawasan larangan merokok, meskipun ia diwartakan sejak lima tahun lepas.