PUTRAJAYA: Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti memerlukan penumpuan kerana berpotensi sering menghadapi banjir.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semua 15 syarikat itu telah menerima Surat Setuju Terima (SST) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 di Johor, Selangor, Kelantan, Kedah, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek-projek yang melibatkan kos kontrak RM1.245 billion itu perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir di lembangan sungai berkaitan di samping menjamin keselamatan dan mengurangkan kerugian kerosakan harta benda kepada penduduk serta infrastruktur awam.
"Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited dalam pelaksanaan projek pembangunan yang telah dirancang dan diluluskan agar dapat menjayakan agenda nasional dalam mentransformasi sektor air untuk menjadi sektor yang mampan," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada Majlis Perhimpunan Bulanan PETRA dan Majlis Tandatangan dan Bacaan Ikrar Aku Janji yang melibatkan 15 syarikat berkenaan di sini hari ini.
Sementara itu Fadillah berkata beliau mahukan supaya PETRA mengambil tindakan mitigasi dan pembetulan segera terhadap semua teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara ( PAC).
Beliau berkata semua teguran membabitkan 16 isu pengurusan air negara itu perlu diberi perhatian serius.
"Antaranya projek pembangunan sumber air membabitkan lewat jadual, skim bekalan air Tawau, projek pembangunan bekalan lewat jadual, projek peningkatan kualiti air lewat jadual, kadar rizab margin sangat rendah, air tidak berhasil (NRW), pelanggaran parameter air terawat dan pencemaran sumber air," katanya.
LKAN 2/2024 yang dilaporkan baru-baru ini antaranya mendedahkan 145 daripada 712 perojek pembangunan infrastuktur air didapati lewat daripada jadual asal antara 86 hingga 1,076 hari membabitkan kos berjumlah RM6.15 billion.
LKAN 2/2024 turut mendedahkan loji rawatan kumbahan menjadi punca utama beban pencemaran tertinggi berjumlah 343 tan/hari.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Akmal Nasrullah ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.

Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.

Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.

Negeri Sembilan laksana lima projek RTB, atasi masalah banjir - MB
Lima projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Sembilan diluluskan Kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan bermula hujung tahun ini serta awal tahun hadapan.

Pahang giat laksana projek tebatan banjir, babit peruntukan RM501 juta
Bagi daerah Kuantan, ia melibatkan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan Pakej Satu iaitu menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegahan banjir.

34 rumah mangsa kepala air Kampung Iboi siap dibaik pulih
Persidangan DUN Kedah hari ini diberitahu bahawa 34 daripada 50 rumah mangsa banjir akibat kejadian kepala air di Kampung Iboi dekat Baling tahun lepas, telah siap dibaik pulih.

Tiga daerah di Johor terima keutamaan projek RTB
Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat di Johor akan diberi keutamaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Bajet 2023: RM15 bilion untuk Rancangan Tebatan Banjir sehingga 2030
Sebahagian besar projek akan dianugerahkan pada tahun depan dengan anggaran perbelanjaan RM700 juta.

Projek RTB RM1.3 bilion di Kelantan, mampu kurangkan kerosakan teruk akibat banjir
Peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.3 bilion kepada Kelantan bagi melaksanakan empat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) mampu mengurangkan kesan dan kerosakan teruk akibat banjir.

KASA beri keutamaan isu kurangkan risiko banjir di Sabah - Dr Ahmad Masrizal
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memberi keutamaan dan perhatian yang khusus terhadap isu mengurangkan risiko kejadian banjir melalui projek rancangan tebatan banjir (RTB) di Sabah.