Kerajaan Pulau Pinang membenarkan 15 taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja awam di seluruh negeri itu untuk beroperasi semula bermula 1 Jun ini.
Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, bagaimanapun pengusaha taska hanya boleh menerima 50 peratus sahaja kanak-kanak daripada kapasiti asal yang ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.
Katanya, pengusaha taska juga dikehendaki mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Berikutan negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pengusaha taska perlu memberi perhatian yang lebih kepada semua syarat ditetapkan sebelum dibenarkan beroperasi.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang telah mengemukakan SOP dan garis panduan yang perlu dipatuhi kepada taska untuk rujukan serta pelaksanaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Katanya, semua SOP dan garis panduan tersebut menjelaskan tentang perkara yang perlu dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas taska beroperasi.
Katanya, ia perlu dipatuhi oleh pengusaha taska, kakitangan dan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke pusat jagaan itu dalam tempoh PKPB.
Beliau berkata, pemantauan pematuhan SOP pencegahan penularan COVID-19 di taska semasa PKPB akan dilaksanakan oleh wakil MKN, KKM dan JKM.
"Sekiranya didapati berlaku ketidakpatuhan SOP, pengusaha taska boleh dikenakan tindakan termasuk di bawah Akta Taska 1984," katanya.
Astro Awani
Fri May 22 2020
SOP perlu dipatuhi oleh pengusaha taska, kakitangan dan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke pusat jagaan itu dalam tempoh PKPB. Gambar hiasan
Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
AWANI Ringkas 20 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 19 Januari 2025
1️⃣ Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
2️⃣ ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
3️⃣ Pasca gencatan senjata Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
2️⃣ ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia
3️⃣ Pasca gencatan senjata Gaza
#awaniringkas
BioProtein Powder juara INNOVATHON 2, raih RM100,000
Inovasi yang dihasilkan oleh Prof Dr Azizi Ayob memperkenalkan teknologi baharu untuk menukarkan bioprotein cair kepada bentuk serbuk.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.38 mata kepada 1,566.34 daripada 1,566.72 pada Jumaat lepas.
Rakaman Dron Tunjuk Pembebasan Tebusan Israel di Gaza
Rakaman dron menunjukkan sekumpulan orang awam dan pejuang Hamas mengelilingi kenderaan Palang Merah yang membawa tiga tebusan Israel semasa pembebasan mereka pada Ahad di Bandar Gaza. #AWANInews
China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035
China berhasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan berkualiti tinggi dengan tahap aksesibiliti dan kualiti "antara yang terbaik di dunia."
AWANI Ringkas: Pesanan kepada rakyat Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi: Kesan pengharaman Tiktok, Perspektif pelajar Malaysia di Amerika Syarikat
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama pelajar Malaysia di Community College of Philadelphia, Siti Salwah Mohd Salleh membincangkan mengenai kesan penutupan sementara TikTok ke atas ekonomi, identiti budaya, hubungan komuniti. Perbincangan turut menjurus kepada apa bentuk sokongan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam menangani hal ini.
Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu
ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Isu air Kelantan: 'Beri potongan bil 50 peratus kepada rakyat' - ADUN Galas
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata potongan bil Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) itu adil dengan perhidmatan yang diterima pengguna.
PKPD: Pengangkutan awam dibenar beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang
Semua pengangkutan awam dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkuasaan PKPD di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur.
Pengecualian, diskaun 50 peratus bagi penyewa tanah, bangunan Persekutuan dilanjutkan
Lanjutan inisiatif itu berteraskan matlamat yang digariskan kerajaan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Lebuh Raya Mex tawar diskaun tol 50 peratus pada hari pertama Syawal
Diskaun 50 peratus menanti pengguna Lebuh Raya Maju Expressway sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri esok.
15 taska di Pulau Pinang dibenar beroperasi bermula Jun
15 TASKA DI PULAU PINANG DIBENAR BEROPERASI BERMULA JUN INI.
Kesan COVID-19, Malindo Air potong 50 peratus gaji kakitangan, arah cuti tanpa gaji 2 minggu
Kakitangan Malindo Air diarah ambil cuti tanpa gaji dua minggu dan gaji dipotong 50 peratus.
Potongan 50 peratus saman trafik sempena Krismas
Bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.
Rina nafi peruntukan MARA dipotong 50 peratus
Rina berkata malah agensi di bawah kementerian itu menerima peruntukan RM3.705 bilion bagi Belanjawan 2019.