YAN: Sejumlah 158 ketulan ganja mampat ditemui orang awam dalam keadaan berselerakan di dalam Sungai Yan dekat Kampung Tengah Makau, Yan Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki menjumpai dadah dipercayai ganja berselerakan di tepi tebing dan terapung di dalam sungai.
Beliau berkata susulan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan dihantar ke lokasi.
“Sebaik pemeriksaan dilakukan menemui 80 ketulan mampat dan sebaik diperiksa terdapat daun-daun kering yang dibaluti plastik lutsinar dan berwarna perak di tepi tebing Sungai Yan.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui sejumlah 78 lagi ganja yang dibalut dengan plastik lutsinar berwarna emas di dalam sungai berdekatan pintu air kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan pertama,” katanya pada sidang media di IPD Yan pada Isnin.
Shahnaz berkata, arahan dikeluarkan untuk memeriksa di sepanjang sungai dan tiada penemuan lain selepas itu.
Katanya, semua 158 ketulan ganja itu kemudiannya di bawa ke IPD Yan untuk siasatan lanjut.
Menurut Shahnaz lagi polis sedang menyiasat bagaimana ganja itu boleh berada di situ dan mengesan individu yang meninggalkan ganja terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 02 2023
Antara puluhan ketulan ganja mampat yang dibalut dengan plastik lutsinar berwarna emas di dalam sungai berdekatan pintu air. - Astro AWANI
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Wanita Filipina antara ditahan miliki ganja mampat bernilai RM85,000
Pemeriksaan menemukan 34 ketulan ganja mampat dalam tiga kotak di tempat duduk belakang kenderaan yang dinaiki dua suspek.
158 ketul ganja 'terapung' ditemukan berselerakan di sungai
Pihak berkuasa menemui ketulan mampat yang dibaluti plastik lutsinar dan berwarna perak di tepi tebing Sungai Yan.
Ganja RM2.23 juta terapung di laut
Pemeriksaan mendapati sebanyak 18 guni plastik berwarna putih yang berisi ketulan ganja mampat dengan berat anggaran sekilogram setiap satu ketulan.
Polis tahan tiga individu termasuk pasangan suami isteri, rampas dadah bernilai RM61,847
Polis turut merampas empat ketul ganja dan pelbagai peralatan untuk membungkus dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah flat.
Polis tahan enam 'transporter', rampas 270 ketulan ganja mampat bernilai RM668,300
Penahanan suspek berkenaan dilakukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Perlis.
PGA rampas 88 kilogram ganja mampat bernilai RM4.4 juta
Kawasan berpagar kawad duri itu dikesan menjadi lokasi terbaru penyeludupan barangan terlarang.
Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM20,820
Pemeriksaan itu dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Wangsa Maju kira-kira jam 8.20 malam.
Polis temukan 494kg ganja bernilai RM1.2 juta dalam SUV di Tumpat
Polis telah mengarahkan pemandu agar berhenti namun kenderaan itu terus memecut laju menyebabkan anggota terpaksa mengejarnya.
352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.
Polis Kelantan rampas 56kg ganja mampat, 157 peluru hidup
Pihak polis percaya lelaki berkenaan antara ahli kumpulan sindiket pengedaran dadah.