KUALA LUMPUR: Kira-kira 164 laluan yang mempunyai transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) sudah mula beroperasi di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam tadi.
Menurut Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Bin Abdul Aziz, pihak PLUS menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang terdapat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.
Setakat ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch 'n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang.
"Sekurang-kurangnya setiap plaza tol yang berada di jajaran PLUS ini akan ada satu lorong keluar dan satu lorong masuk.
"Tetapi plaza besar seperti plaza tol Jalan Duta kita akan sediakan lebih untuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna lorong RFID," katanya.
Pengguna lebuh raya yang mahukan teknologi RFID dalam melancarkan perjalanan mereka perlu mendapatkan pelekat RFID Touch 'n Go dan seterusnya wajib aktifkan akaun e-Wallet.
Pelekat RFID Touch 'n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negara dan juga secara dalam talian, tambah PLUS.
Maklumat lanjut berhubung RFID boleh layari laman web http://rfid.plus.com.my.
PLUS juga mensasarkan penggunaan teknologi RFID secara menyeluruh untuk semua kelas kenderaan di masa hadapan.
Ini termasuk pengguna bagi kenderaan bukan persendirian termasuk agensi kerajaan dengan mewujudkan satu akaun khas bagi kategori itu yang dijangka akan diumumkan pada hujung Februari depan.
Astro Awani
Sun Jan 16 2022

Setakat ini terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuh raya yang menggunakan RFID Touch 'n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khususnya di Lembah Klang. - Foto PLUS

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).

KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.

Sistem penyimpanan senjata api pintar ciptaan syarikat Malaysia diguna polis Singapura
Sistem penyimpanan senjata api pintar (SWS) yang dibangunkan sebuah syarikat tempatan, SWS Inntech Sdn. Bhd. (SWS Inntech) berjaya menembusi pasaran luar apabila digunakan beberapa negara serantau.

KKR pantau penggunaan RFID, kaji amalan terbaik penggunaan MLFF
Abdul Rahman berkata, Kerajaan sedang masih dalam proses kajian mengenai MLFF, dan menjangkakan ujian percubaan pada 2024 untuk melihat kesesuaian kaedah tersebut.

Sistem RFID, MyDIGITAL antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dewan Rakyat hari ini antara lain bakal membincangkan hala tuju kerajaan berhubung sistem RFID di semua lebuh raya di negara ini.

Touch 'n Go sasar 4 juta pengguna RFID menjelang penghujung 2024
Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) menyasarkan empat juta pelanggan Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) menjelang penghujung 2024.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.

Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.

Mengapa kita perlu beralih ke RFID? Ini penjelasan PLUS
Penjelasan PLUS mengenai keperluan beralih pada penggunaan RFID.