LANGKAWI: Sebanyak 17 juta pokok pelbagai spesies telah ditanam di seluruh negara di bawah Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, setakat ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pihaknya berkeyakinan sasaran untuk menanam 20 juta pokok tahun ini akan tercapai menjelang hujung tahun ini.
"Jadi pihak kementerian (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) amat menggalakkan semua pihak dan rakyat mengamalkan penanaman pokok daripada pelbagai spesies bagi memastikan kempen ini berjaya mencapai matlamatnya.
"Bagi negeri Kedah pula, sehingga hari ini kita telah berjaya menanam hampir 600,000 pokok menerusi kempen ini," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat niat bagi inisiatif solar di Dermaga Tanjung Lembung di sini hari ini.
Beliau berkata kementeriannya juga menggalakkan setiap pemimpin dan wakil masyarakat menjadikan aktiviti penanaman pokok sebagai satu gimik pada setiap program yang dilaksanakan mereka.
Terdahulu, Takiyuddin turut menyertai aktiviti penanaman pokok sempena kempen itu bersama komuniti Kampung Chandek Kura, Kedawang, di kawasan Kompartmen 1 Hutan Simpan Bukit Malut di sini.
Pada program itu sebanyak 1,000 pokok ditanam membabitkan beberapa spesies antaranya Merbau, Petai, Kundang dan Asam Gelugor selain beberapa spesies pokok hutan yang melibatkan kawasan penanaman seluas kira-kira tiga hektar.
Penanaman semula pokok di kawasan itu bagi memulih dan menghijaukan semula kawasan itu yang sebelum ini pernah diceroboh dan diteroka oleh pihak tidak bertanggungjawab.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan menanam Pokok Merbau pada program penanaman pokok sempena Program Penghijauan Malaysia bersama Komuniti Kampung Chandek Kura, Mukim Kedawang di Hutan Simpan Bukit Malut di sini. - BERNAMA

Gaji lewat dipercayai punca pekerja kilang merusuh
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu berlaku pertelingkahan antara sekumpulan pekerja dengan dua penyelia kilang tersebut.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia. #AWANInews
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam. #AWANInews
Lagu nyanyian Siti Nurhaliza, anta permana jadi pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana yang diluncurkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel. #AWANI745 #AWANInews

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.

Kempen tanam 100 juta pokok: 545,000 sudah ditanam di Selangor - Amirudin
Kira-kira 545,000 batang pokok telah ditanam di negeri Selangor melalui Kempen Penanaman 100 juta pokok sehingga 22 September lalu.

17 juta pokok sudah ditanam seluruh negara - Takiyuddin
Sebanyak 17 juta pokok pelbagai spesies telah ditanam di seluruh negara di bawah Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025, setakat ini.

Cadangan tanam pokok bukan bemakna kemerosotan hutan asli - Tengku Zulpuri
Program penanaman semula bertujuan untuk memulihkan hutan terosot seperti kawasan diteroka, terbakar ribut dan kawasan bekas lombong.