KUANTAN: Seramai 18 individu termasuk seorang wanita direman sehingga hari ini (Selasa) bagi membantu siasatan kes meneroka hutan simpan kekal (HSK) di Batu Talam, Raub yang dikatakan bagi tujuan menanam durian Musang King.
Peguam Samantha Chong Yin Xin, yang mewakili kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun, semasa dihubungi berkata perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Raub Yusri Wanu Suki pada prosiding di Mahkamah Majistret Raub pada Isnin.
Pada prosiding itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang diwakili pegawai penyiasat Asmadi Mohd memohon tempoh reman selama empat hari atas alasan pihaknya memerlukan lebih masa bagi merekodkan kenyataan kesemua suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman pula mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu adalah antara 19 individu yang ditahan polis pada Ahad atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam dan melakukan khianat semasa operasi memusnahkan kebun durian.
Bagaimanapun, beliau berkata ADUN DAP itu dan kesemua individu yang ditahan polis pada 11.30 pagi Ahad telah dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi Isnin.
"Saya difahamkan 18 suspek yang lain ditahan oleh JPNP bagi tujuan reman untuk membantu siasatan pihak berkenaan berhubung pencerobohan hutan simpan," katanya semasa dihubungi pada Isnin.
Difahamkan, ADUN itu tidak direman kerana beliau tidak berada di dalam kawasan HSK semasa operasi memusnahkan kebun durian terbabit berlangsung.
BACA: Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu
Mohd Yusri berkata siasatan bagi dakwaan menghalang penjawat awam dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata siasatan berhubung dakwaan khianat pula dibuat mengikut Seksyen 427 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, JPNP menerusi kenyataan kepada media memaklumkan operasi memusnahkan kebun durian haram yang melibatkan kawasan seluas 101.171 hektar dalam HSK Batu Talam berdepan provokasi pihak terlibat menyebabkan mereka merekodkan video dan membuat laporan polis.
"Operasi itu tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara haram dan tangkapan serta sitaan barang serta kenderaan akan dibuat terhadap mereka yang masuk ke kawasan HSK tanpa kebenaran," menurut kenyataan itu.
JPNP juga memaklumkan operasi itu tidak melibatkan kawasan seluas 2,167 hektar di sekitar Raub yang menjadi subjek dalam kes mahkamah yang belum selesai antara 110 pekebun dengan enam pihak termasuk Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memohon tempoh reman empat hari atas alasan pihaknya memerlukan lebih masa bagi merekodkan kenyataan kesemua suspek. - Gambar hiasan

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria, berikutan tempoh remannya tamat hari ini.

SPRM reman CEO Able Global bagi mudahkan siasatan rasuah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Able Global Bhd, Edward Goh Swee Wang, direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.

Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Reman suspek kes bunuh remaja perempuan disambung hingga Jumaat depan
Reman ke atas tiga suspek termasuk teman lelaki kepada mangsa bunuh remaja perempuan Yap Xin Yuan disambung sehingga Jumaat depan.

Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
Penahanan wanita berumur 40-an itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat seorang lelaki kira-kira jam 4.27 petang semalam.

Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.

Koperal direman kes minta rasuah RM80,000
Suspek disyaki meminta wang rasuah kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah SOSMA 2012.