KUALA LUMPUR: Seramai 18 Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis berlepas ke Sudan Selatan, tengah malam tadi, bagi menyertai misi pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang turut dikenali sebagai United Nations Mission in South Sudan (UNMISS) selama setahun.
Menurut hantaran di Facebook Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), delegasi itu dipimpin Ketua Kontinjen Kumpulan G18 ACP Loi Poo Lang dan dibantu Timbalan Ketua Kontinjen Supt Mohamad Pouzi Abd Rouf.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman DCP Ab Rahaman Arsad hadir mewakili Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim bagi menyempurnakan Majlis Penghantaran Pegawai PDRM ke UNMISS di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ab Rahaman dalam ucapan ringkasnya mengingatkan semua yang akan bertugas di Sudan Selatan itu agar tidak mengganggu agama di negara tempat mereka bertugas, tidak mengganggu adat resam dan budaya selain mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di negara berkenaan.
"Bila berjalan memelihara kaki, bila berkata pelihara lidah, ingin lurus rentangkan tali, ingin mulia tepati janji, berjalan dengan yang tua, belayar ikut kata nakhoda, belajar berkata dengan yang pandai, jangan sampai bersalam, pulang berterajang," katanya menerusi hantaran itu.
Delegasi itu terdiri daripada ASP Fairus Md Dawe, ASP S. Manivannan, ASP Harminder Singh Pritam Singh, Insp Liza George Mokunjil, Insp Nor Azlina Shahrul Zaman, Insp Tay Swee Boon, Sub Insp (SI) Gan Lai Ling, SI Jimmy Jaih, SI Emmanuel Stephens, SI Shawal Shariff, Sjn Mejar (SM) Mohd Hafizzuddin Augustin Abdullah, SM Muhammad Ibrahim Salimy Shohimi, Sjn Sarihati Awang Akhbar, Sjn Jim Chin, Sjn Albert Legan dan Sjn Mohamad Marjida Mahari.
Menurut hantaran itu, penglibatan PDRM secara aktif dalam misi pengaman PBB bertitik tolak dari penghantaran 14 warga PDRM ke Misi Angola sejak 1991 seterusnya Misi Darfur pada 2008 dan UNMISS sejak 2011 tertakluk atas permintaan PBB.
Peranan PDRM dalam misi itu adalah sebagai Individual Police Officers (IPOs), dengan penugasan adalah berkonsepkan traditional approach policing yang tertumpu kepada pembaharuan, pembinaan semula dan penstrukturan semula dalam usaha mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.
IPOs turut berperanan menangani pelbagai isu seperti hak asasi manusia, pengawasan antarabangsa, kepolisan masyarakat, kesedaran kebudayaan dan sosial, bimbingan dan tunjuk ajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Delegasi itu dipimpin Ketua Kontinjen Kumpulan G18 ACP Loi Poo Lang dan dibantu Timbalan Ketua Kontinjen Supt Mohamad Pouzi Abd Rouf. - Gambar Jabatan Pengurusan PDRM

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Thaipusam: Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan - PM Anwar
Anwar mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memperkukuh semangat kebersamaan, menghargai kepelbagaian, dan memperat kasih sayang bersempena perayaan Thaipusam yang akan disambut esok.

Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.

KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
KEMAS akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.