KUALA LUMPUR: Dokumen berkaitan syarikat milik ahli keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dipohon Datuk Seri Najib Tun Razak, tiada kaitan dengan perbicaraan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, dokumen yang dipohon Ahli Parlimen Pekan itu tidak relevan untuk beliau membela diri daripada pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan dana RM2.28 bilion.
Tegasnya lagi, permohonan itu bersifat pra-matang, dan Mahkamah hanya boleh menentukan tahap kredibiliti seseorang saksi, selepas selesai mendengar keterangan sewaktu perbicaraan.
“Pertamanya, mengenai permohonan dokumen (oleh pembelaan) berkaitan Tan Sri Zeti. Beliau bukanlah tertuduh dalam perbicaraan ini.
“Keduanya, apa jua pemerhatian yang diberikan oleh mahkamah terhadap bukti keterangan yang diberikan Zeti, ia adalah budi bicara untuk Yang Arif tentukan selepas mendengar keterangannya sewaktu perbicaraan,” katanya lagi, di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Sri Ram berkata, Hakim tidak boleh membuat penemuan interim terhadap Zeti atau saksi pendakwaan yang lain pada peringkat ini.
Terdahulu, ketua peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan responden yang terdiri daripada Pendakwa Raya, dan/atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan/atau Bank Negara Malaysia untuk menyerahkan dokumen berkaitan 1MDB.
Untuk rekod, Zeti, yang merupakan Gabenor Bank Negara antara tahun 2000 hingga 2016, telah disenaraikan sebagai saksi pendakwaan untuk perbicaraan 1MDB.
“Jika mereka (pendakwaan) mahu memanggil Zeti, dan pada masa yang sama ada bukti yang mengaitkan Zeti tentang bagaimana ahli keluarganya menerima sejumlah wang dari Jho Low (ahli perniagaan Jho Taek Low), kredibiliti beliau perlu disoalkan secara serius,” katanya lagi.
Muhammad Shafee berhujah, pihak pendakwaan tidak boleh melakukan pertuduhan secara terpilih, dan bukti serta dokumen itu perlu diberikan kepada pihak pembelaan selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Dalam pada itu, Muhammad Shafee berkata, anak guamnya turut memohon kebenaran memperolehi dokumen di bawah kawalan responden, atau entiti berkaitan, dengan pengakuan yang dibuat SAC Rajagopal Ramadhass dalam kes pelucuthakan harta OBYU Holding Sdn Bhd.
Selepas mendengar hujah kedua-pihak, Hakim Sequerah telah menetapkan 12 Julai ini untuk beliau menyampaikan keputusan.
Firdaus Azil
Mon May 31 2021
![1MDB: Permohonan dokumen Najib tiada kaitan dengan perbicaraan - Gopal Sri Ram 1MDB: Permohonan dokumen Najib tiada kaitan dengan perbicaraan - Gopal Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620828104_gopal.jpg)
Sri Ram (gambar) berkata, Hakim tidak boleh membuat penemuan interim terhadap Zeti, atau saksi pendakwaan yang lain pada peringkat ini. - Gambar fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736132849_ShafeeAbdullahpeg.jpg)
Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.
![Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736136706_tbKhairulNizamPAS.jpg)
Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
Khairil Nizam Khirudin berkata, Kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan.
![Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736132849_ShafeeAbdullahpeg.jpg)
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.
![Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736004538_TBPEGUAMNAJIB.jpg)
Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya buat masa ini memberi tumpuan meneruskan permohonan berhubung semakan kehakiman melibatkan kewujudan Titah Adendum.
![Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733732288_TBSHAFEEPEGUAMjpg.jpg)
Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menasihati pihak berkaitan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga boleh menjejaskan perbicaraan.
![Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733732288_TBSHAFEEPEGUAMjpg.jpg)
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
![Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727764479_tbMuhammadShafeeAb.jpg)
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
![1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela 1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716969412_Najib.jpg)
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
![Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716635371_najib.jpg)
Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.
![Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724129239_tbIstanaKehakiman.jpg)
Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB
Najib menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar prosiding kes 1MDB.