KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi insiden perlanggaran dua kapal iaitu MT HAFNIA NILE dengan MT CERES 1, hari ini.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, Ops Carilamat diaktifkan pada jam 6.55 pagi
Katanya dua buah kapal itu dilaporkan berlanggar di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, di sini.
"Berikutan insiden tersebut, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian.
"Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Niah, Bot PERKASA 29 bot PETIR 12 dari Maritim Malaysia, KD GEMPITA dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian untuk tindakan Carilamat mangsa kedua-dua kapal tersebut.
"Aset Maritim Malaysia, iaitu bot PERKASA 29 telah tiba di lokasi insiden pada pukul 9.50 pagi dan menemui kedua-dua kapal tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Saiful Lizan memaklumkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden tersebut bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.
Katannya pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) juga diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran.
"Satu sidang media berhubung insiden ini dijangka diadakan di Tanjung Sedili pada esok. Segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Jul 19 2024
Dua buah kapal itu dilaporkan berlanggar di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau. - Gambar/ Maritim Malaysia
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Kapal berlanggar, terbakar: Maritim Malaysia berjaya kesan, pintas kapal tangki MT Ceres 1
Kapal MT Ceres 1 yang dilaporkan meninggalkan lokasi selepas perlanggaran dengan kapal tangki MT Hafnia Nile di kedudukan 25 batu nautika, Timur Laut Tanjung Balau, pada Jumaat, telah ditemui.
2 kapal dagang berlanggar dan terbakar, Maritim Malaysia aktifkan operasi SAR
Maritim Malaysia) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi insiden perlanggaran dua kapal iaitu MT HAFNIA NILE dengan MT CERES 1, hari ini.