KOTA KINABALU: Dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.
Kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kematian pelajar pertama dilaporkan pada jam 4.08 petang Rabu.
"Punca kematian ialah kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol.
"Pelajar kedua pula dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada jam 4 petang dan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Astro AWANI pada 9 Jun lalu melaporkan dua pelajar Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas minum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.
Difahamkan, pelajar berkenaan secara beramai-ramai telah meminum minuman berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan metanol pada 6 Jun lalu.
Sementara itu, dalam kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan bahawa 20 pelajar terbabit telah mengalami keracunan metanol.
Dua pelajar yang kritikal itu memerlukan bantuan pernafasan dan masing-masing dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HQE1) dan HQEII.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 16 2023

Mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

27 pelajar disahkan keracunan metanol di Pitas - Jabatan Kesihatan Sabah
Seramai 27 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas disahkan keracunan metanol setakat 10 pagi semalam dalam kejadian pada 6 Jun lepas, kata Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

2 pelajar minum air berkarbonat campur spirit meninggal dunia
Dua pelajar dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat keracunan metanol disahkan meninggal dunia.

33 kematian akibat keracunan metanol pada September
18 kes atau 55 peratus melibatkan warganegara manakala 15 kes atau 45 peratus melibatkan bukan warganegara.

COVID-19: Percaya metanol boleh sembuhkan, 700 maut di Iran
Gara-gara percaya metanol mencegah virus COVID-19, angka kematian di Tehran, Iran akibat bahan kimia itu mengorbankan lebih 700 orang warga negara itu.

Keracunan metanol di Perak kes pertama negara tahun ini
Kes keracunan metanol yang mengakibatkan kematian berlaku setiap tahun, dengan 40 kematian direkodkan pada tahun lepas.

Negeri Sembilan negeri terkini catat kematian keracunan metanol - KP Kesihatan
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua lagi kematian dilaporkan masing-masing satu di Perak dan Selangor.

Tiada kes terbaru keracunan metanol di Perak
Tiga mangsa yang masih dirawat termasuk dua kritikal di unit rawatan rapi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan.