PENDANG: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk menyelamatkan diri selepas dua penjenayah yang menaiki sebuah lori bertindak melanggar kenderaan pasukan itu.
Dalam kejadian jam 5.45 pagi Selasa, dua suspek itu dipercayai bertindak demikian sebaik anggota polis yang mengejar mereka berjaya menahan lori terbabit di kawasan Kampung Belat, Kubur Panjang, Pendang.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, terdahulu polis mengekori lori mencurigakan terbabit dari Gerik, Perak sehingga ke Baling sebelum menahan kenderaan itu.
"Kedua-dua suspek berusia 25 dan 28 tahun itu akhirnya menyerah diri sebaik mendengar tembakan amaran ke udara oleh anggota polis.
"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kamarul Zaman berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam lori dan ke atas tubuh suspek menemui 0.34 gram ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu.
Katanya, hasil siasatan terhadap lori berkenaan mendapati ia bersangkut dengan kes kehilangan kenderaan di Kepala Batas, Pulau Pinang mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).
"Siasatan lanjut juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 04 2022
Hasil siasatan terhadap lori berkenaan mendapati ia bersangkut dengan kes kehilangan kenderaan di Kepala Batas, Pulau Pinang. - Gambar/ Ihsan PDRM
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
2 penjenayah cuba langgar polis serah diri selepas dengar tembakan amaran
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran untuk menyelamatkan diri selepas dua penjenayah yang menaiki sebuah lori bertindak melanggar kenderaan pasukan itu.