ALOR SETAR: Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian memanah seekor anjing sehingga mati di Kampung Berjaya, dekat Alor Setar ditahan polis petang tadi.
Kedua-dua suspek ditahan secara berasingan pada jam 4 dan 5 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar susulan laporan dibuat seorang pengadu, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek pertama berusia 30-an ditahan di sebuah kelab golf di Jitra, manakala suspek kedua berusia 20-an (Kampung Hilir, Kepala Batas).
"Kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian mendapati negatif dadah.
"Turut dirampas dua busur panah, satu tabung pengisi anak panah berwarna hitam dan 21 anak panah di rumah suspek pertama.
"Kedua-dua suspek akan diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015/ Seksyen 45 Akta Binatang 1953," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati
Dalam kejadian Khamis lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran lokasi kejadian merakam perlakuan seorang lelaki memanah anjing liar antara jam 4.21 pagi hingga 5.26 pagi.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Mar 14 2021

Salah seorang suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes memanah anjing sehingga mati di Kampung Berjaya, Alor Setar. - Gambar/ Astro AWANI

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Lelaki panah anjing telah didakwa pada 23 Dis - Polis
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seekor anjing di Ladang Malaya, Selama dengan memanah haiwan tersebut, telah didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 23 Dis.

Polis kenal pasti individu panah anjing
Suspek tersebut telah dikenal pasti, namun masih belum ditangkap.

Polis kesan individu panah kepala anjing di Wangsa Maju
Kertas siasatan akan dibuka atas kesalahan menganiaya haiwan jika suspek terbabit berjaya ditahan.

Dua lelaki direman bantu siasatan insiden panah anjing hingga mati
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

2 suspek kes panah anjing sehingga mati ditahan
Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian memanah seekor anjing sehingga mati di Kampung Berjaya, dekat Alor Setar ditahan polis petang tadi.

Polis kesan pelaku bunuh anjing guna anak panah
Polis sedang mencari saksi bagi satu kejadian membunuh seekor anjing, dipercayai menggunakan anak panah di Langkawi, pada Ahad.