KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menambah 20 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, fasa kedua itu akan berkuatkuasa selama 15 hari bermula 6 hingga 20 Mei ini.
Secara keseluruhan, terdapat 32 jenis barangan dimasukkan dalam senarai SHMMP setakat ini.
"Senarai tambahan itu membabitkan barangan seperti tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, sawi hijau, terung panjang, timun, halia tua, kelapa biji (borong sahaja) dan kelapa parut (runcit sahaja).
“Ini turut melibatkan bawang merah besar import (China) dan bawang besar (Holland), bawang putih (China), kacang tanah, ikan segar beku kembung, ikan segar beku selar, ikan segar beku selayang dan ikan demuduk,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, pelaksanaan SHMMP HRP 2021 secara berfasa ini dibuat berdasarkan data dan bukti harga barangan di pasaran serta maklum balas pengguna.
"SHMMP bertujuan untuk menstabilkan harga barang yang kritikal yang menjadi menu utama bagi sesuatu perayaan untuk membolehkan seramai mungkin rakyat merayakan setiap perayaan dalam suasana tenang, ceria dan harmonis," ujarnya.
Beliau turut memberi amaran sekiranya terdapat peniaga yang melakukan kesalahan mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Sebelum ini, KPDNHEP melaksanakan SHMMP HRP 2021 sebagai langkah untuk mengawal kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang perayaan Hari Raya Puasa yang akan disambut pada 13 Mei ini di seluruh negara.
Afiezy Azaman
Sat May 01 2021
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menambah sebanyak 20 jenis barangan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021. - Gambar hiasan
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
[TERKINI] Caruman KWSP pekerja asing hanya dua peratus - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar tersebut tidak akan membebankan majikan dan akan dikekalkan sehingga situasi lebih baik.
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.