Sebanyak 20 keluarga dari Kampung Sinakut, Tungku, di sini yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima bantuan bekalan asas makanan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Penduduk di kawasan kampung tersebut sukar untuk mendapatkan bekalan makanan memandangkan kedudukan kampung di kawasan pedalaman dan kebanyakannya bekerja sebagai nelayan pesisir serta bergantung kepada pendapatan harian.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berharap sumbangan ini dapat membantu penduduk kampung yang terjejas ketika tempoh PKP dikuatkuasakan.
"Dengan sumbangan yang diberikan ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang erat diantara Maritim Malaysia dan komuniti di Daerah Kecil Tungku.
"Sumbangan makanan seperti beras, minyak masak, tepung dan keperluan makanan yang lain ini diagihkan kepada 20 keluarga di kampung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Sumbangan disampaikan Ketua Pos Maritim Felda Sahabat, Leftenan Madya Maritim Neelamegand Ramachandran mewakili Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin dan diiringi oleh beberapa pegawai lain-lain pangkat serta wakil kampung imam rawatib, Mumin Ab Lala.
Mengulas lanjut, Abdul Muhaimin berkata, Maritim Malaysia tidak lupa akan nasib mereka yang sukar mendapatkan bekalan makanan terutamanya dalam tempoh PKP ini.
Sumbangan ini turut dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan golongan berpendapatan rendah pada bulan ramadhan ini," jelasnya.
Afiezy Azaman
Sat May 09 2020
![20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia 20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588994797_MARITIMBANTU.jpg)
Maritim Malaysia menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di kampung pendalaman Lahad Datu. - Foto Maritim Malaysia
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
![APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735695670_tbAbdulMuhaiminMuh.jpg)
APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran
Kapal ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan operasi bersepadu Op Ehsan dan Op Tiris di perairan Selangor.
![20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia 20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41588994797_MARITIMBANTU.jpg)
20 keluarga di kampung terpencil Lahad Datu terima bantuan makanan Maritim Malaysia
Penduduk di kawasan kampung tersebut sukar untuk mendapatkan bekalan makanan memandangkan kedudukan kampung di kawasan pedalaman.
![APMM kecilkan kawasan pencarian mangsa bot pancung terbalik APMM kecilkan kawasan pencarian mangsa bot pancung terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41551664243_KARAM.jpg)
APMM kecilkan kawasan pencarian mangsa bot pancung terbalik
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot pam dinaiki bersama rakannya dipukul ombak.