SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penambahan kehadiran bagi pelaksanaan majlis akad nikah di semua masjid dan surau di negeri ini.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pelaksanaan itu perlu mematuhi beberapa syarat antaranya upacara majlis akad nikah hanya dibenarkan pada bilangan enam slot sehari dengan tiga slot untuk sesi pagi dan tiga slot untuk sesi petang.
Menurutnya, bilangan pihak dalam majlis akad nikah ditetapkan seramai 20 orang terdiri daripada masing-masing 10 orang daripada pihak pengantin lelaki dan perempuan.
"Semua yang hadir pada majlis akad nikah perlu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.
Mohd Shahzihan berkata, pengurusan dan pelaksanaan solat jenazah bukan COVID-19 dalam kalangan ahli kariah adalah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau.
Bagaimanapun katanya, jumlah kehadiran ahli waris, kaum kerabat terdekat dan ahli kariah pada bilangan tidak melebihi 100 orang tidak termasuk pegawai atau jawatankuasa masjid atau surau.
Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan mesyuarat berkaitan pengurusan masjid dan surau perlu diurus menepati kehendak enakmen atau peraturan.
"Maka mesyuarat jawatankuasa kariah masjid, mesyuarat jawatankuasa surau, mesyuarat agung tahunan masjid dan Mesyuarat Agung Tahunan Surau adalah dibenarkan untuk dilaksanakan," katanya.
Katanya, bagi jamuan selepas program pengimarahan penyediaan jamuan secara hidang untuk meraikan penceramah atau pengkuliah adalah dibenarkan.
"Jamuan untuk jemaah yang lain boleh disediakan dalam bentuk bungkusan (pack-food) untuk dibawa pulang oleh jemaah," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 01 2021
JAIS membenarkan penambahan kehadiran bagi pelaksanaan majlis akad nikah di semua masjid dan surau di negeri ini. -Gambar hiasan/Flickr
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.
Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta
JAIS mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan susulan insiden murid maut terkena renjatan elektrik.
141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka sebanyak 141 kertas siasatan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.