KUALA LUMPUR: Selepas melalui episod panjang dalam kemelut politik negara dengan pelbagai cabaran sepanjang 2022, rakyat diharap menjadikan kehadiran tahun baharu untuk kembali mencari titik persamaan dan mengukuhkan perpaduan demi kemakmuran negara.
Sempena Tahun Baharu 2023, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof juga menyeru rakyat agar bersama-sama Kerajaan Perpaduan kembali bangkit untuk merangka dan menyusun atur kehidupan yang terkesan pasca-COVID-19.
"Marilah kita bersama mencari titik persamaan merentasi kaum, agama dan fahaman politik serta berpegang teguh kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu video di hantaran Facebook pula berharap rakyat akan bersama-sama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk 2023.
"Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai, saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
"Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau akan terus turun padang bagi mendengar dan mendapatkan maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam, pengendali dan komuniti perniagaan.
"Mengekalkan standard kualiti dan keselamatan adalah penting bagi semua sistem pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM), bas awam, pelabuhan dan lapangan terbang.
"Dengan mengambil kira keperluan rakyat dan keadaan sebenar, kita boleh mewujudkan dasar yang sesuai dengan keperluan orang ramai.
"Sistem pengangkutan dan logistik yang lancar penting bagi pertumbuhan ekonomi," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.
Turut merakamkan ucapan tahun baharu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu yang berharap segala halangan dan cabaran yang bakal mendatang dapat dihadapi dengan tenang, berani dan bersabar.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berharap kementeriannya akan terus menjadi penggerak utama dalam pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat pada tahun baharu nanti.
"Harapan saya agar bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dapat terus memainkan peranan penting dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dan negara seperti perubahan iklim, jaminan makanan dan penyakit-penyakit berjangkit," katanya dalam hantaran di Facebook.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pula berkata beberapa transformasi akan dilakukan kementerian itu pada tahun hadapan termasuk melibatkan Bahagian Kanak-Kanak yang tidak lagi sesuai ditempatkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Saya akan membentangkan Kertas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet selepas pihak pengurusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selesai menyediakan struktur dan cadangan lengkap berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula tekad memperkukuh peranan sebagai pemimpin sebuah kementerian yang menjadi peneraju aspek keselamatan dan ketenteraman awam.
"Ia selari dengan komitmen saya sejak awal lagi untuk melakukan apa jua usaha terdaya bagi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan selamat untuk didiami oleh semua," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022

(Dari kiri) Fadillah, Ahmad Zahid, dan Anthony Loke menyeru rakyat agar menjadikan kehadiran tahun baharu 2023 untuk kembali mencari titik persamaan dan mengukuhkan perpaduan demi kemakmuran negara. -Bernama

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
AWANI Tonight: Japan’s worst wildfire in decades continues to burn
Thousands were evacuated as Japan battles its biggest wildfire in decades. The blaze, which broke out on February 26 due to dry air, continues to spread as firefighters struggle to contain it.
AWANI Tonight: Excessive EPF withdrawals only punish contributors later - PM
Excessive early EPF withdrawals will leave contributors financially vulnerable upon retirement, and exceptions can only be given under special circumstances, says PM Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Tonight 4 March 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Astro Audio apologises, 3 Pagi ERA trio suspended
2. Excessive early EPF withdrawals can leave contributors financially vulnerable later, says PM
#AWANIEnglish #AWANINews

Kemalangan jalan raya ragut 436 nyawa ketika musim perayaan tahun baharu di Thailand
Punca utama kemalangan adalah memandu laju dan memotong kenderaan di hadapan, manakala motosikal terlibat dalam kebanyakan insiden.

Konsert Pinkfish: Polis selesai rekod keterangan 41 individu
Penganjur konsert Pinkfish akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, pagi Isnin.

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.

Maharaja Jepun harap 2025 menjadi tahun didedikasi untuk bina keamanan
Baginda turut menekankan bahawa 2025 akan menandakan ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Warga emas, tukang urut antara pasangan ditahan dalam operasi JAIM
Keluar berdua untuk sambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api, seterusnya memilih menginap di sebuah hotel kerana 'penat'.

Pemimpin ASEAN sambut 2025 dengan optimisme, perpaduan dan aspirasi kemakmuran serantau
Mulai hari ini, Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN, yang terdiri daripada 10 negara anggota, di bawah tema "Inklusiviti dan Kelestarian".

Empat permit hiburan dikeluarkan di Kelantan bagi sambutan tahun baharu 2025
Sebanyak empat permit hiburan Malam Tahun Baharu 2015 dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan.

Murid 12 tahun antara 478 ditahan dalam operasi lumba haram malam tahun baharu
Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.

Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.

Maksud bacaan doa akhir tahun, awal tahun baharu Hijrah
Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.