KOTA KINABALU: Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah sehingga kini dalam usaha memberikan prasarana pendidikan terbaik terutama untuk anak-anak di negeri ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, sebanyak 60 projek pula sedang dalam proses pembinaan dan dijangka selesai tidak lama lagi, manakala baki 60 projek lagi sedang dalam peringkat prabina.
"Semua projek penambahbaikan ini melibatkan peruntukan lebih RM3 bilion, harap semua yang kita rancang ini dapat kita segerakan untuk memberikan kemudahan kepada anak-anak kita belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif.
"Kementerian Pendidikan sentiasa komited memastikan semua isu pendidikan di negeri Sabah dapat ditangani. Kualiti pendidikan di Sabah akan terus ditingkatkan untuk manfaat anak-anak kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Program Outreach Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kota Kinabalu di Sekolah Kebangsaan Sembulan, di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai program itu, beliau berkata, program outreach berkenaan penting dalam usaha untuk mencari lebih ramai anak-anak yang tidak mempunyai dokumen di sini bagi memberi peluang kepada mereka bersekolah di SBJK Kota Kinabalu, di sini.
Menegaskan bahawa pendidikan ialah hak setiap anak-anak, Fadhlina berkata, SBJK Kota Kinabalu ditubuhkan pada Oktober tahun lepas itu kini mempunyai lapan pelajar dan mahu lebih ramai anak yang tidak mempunyai dokumen diberikan pendidikan bagi mengubah nasib hidup mereka.
"SBJK ini fokus untuk anak-anak tanpa dokumen sama ada bapa, ibu atau penjaganya warganegara Malaysia, juga tidak bersekolah dan kita mahu beri peluang pendidikan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, SBJK Kota Kinabalu merupakan kesinambungan SBJK Chow Kit, Kuala Lumpur ditubuhkan pada 2013 yang telah terbukti berjaya memberikan peluang pendidikan antaranya kepada anak-anak tanpa dokumen. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Kementerian Pendidikan sentiasa komited memastikan semua isu pendidikan di negeri Sabah dapat ditangani, kata Fadhlina. - Gambar fail Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.

PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.

"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.